Friday, 01 April 2011

Si tua yang pelupa

sketsa ringkas- Al kisah di dalam sebuah kampung terdapat seorang tua bernama Pak Kaduk. Pak kaduk adalah seorang tua yang sangat pelupa. Dalam masa yang sama Pak kaduk juga dikenali sebagai jagoan laga ayam yang disegani.. Boleh dikatakan tidak pernah sekali pun ayam Pak kaduk kecundang dalam pertaruhan. Oleh itu Pak kaduk sangat bangga dengan ayamnya bernama jalak dan sebagai seorang jagoan laga ayam yang tiada tandingnya. Setiap kali adanya sayembara, Pak kaduk tidak pernah terlepas dari bertanding. Pak kaduk juga banyak membela ayam laga. Tidak hairan la kalau ada yang memperbodoh-bodohkan dan meminta atau diajak bertukar dengan mudah Pak kaduk mempersetujuinya tanpa berfikir dua kali. Suatu hari sayembara telah diadakan. Ramai yang datang ingin pertaruhkan nasib termasuk Pak kaduk. Setelah sayembara dimulakan, terdapat ramai peserta yang tewas kecuali Pak kaduk dan ayam nya masih bertahan sehingga membawa kepusingan akhir. Bukan main gembira Pak kaduk melihat ayam jalaknya memangkah lawan sehingga rebah dan menjadi juara. Bersorak riang pak kaduk tak ingat dunia pada hari itu. Sayembara pun ditamatkan kerana sudah ada pemenang. Ketua sayembara mengumunkan keputusan dan Ayam jalak dimasyurkan sebagai juara. tergesa-gesa Pak kaduk naik ke pentas, tetapi hadiah tersebut telah dibagi kepada orang lain. Terkejut Pak kaduk. Sesungguhnya Pak kaduk "terlupa" yang ayam jalak telah ditukar olehnya kepada orang lain sebelum sayembara diadakan. Pada hari itu, rumah dan tanah Pak kaduk tergadai. Pak kaduk telah menpertaruhkan rumah dan tanah dalam sayembara tersebut. kerana sikap kebodohan dan pelupanya yang sangat ketara, Pak kaduk hilang segalanya. kebodohan ganti kebijaksanaan

2 X:

attholib said...

Kisah rakyat orang tua-tua dahulu kaya dengan nasihat dan tauladan.

Moga kita semua tak menjadi Pak Kadok yang tersedar hanya apabila segala-galanya telah tergadai.

Masa tu, segala penat lelah kita bersorak-sakan hingga nak keluar anak tekak menjadi sia-sia belaka. HUhuhu...

Sang GOomaLL said...

Ya betul.. mencegah adalah lebih baik dari mengubat..:)

Post a Comment