Tuesday, 29 June 2010

Luahan Berjelanak

#Luahan Berjelanak

Luahan dari aku.. Dimanakah keadilan dalam scene underground? Aku ingat aku bebas bersuara tapi sebenarnya tidak. Suara aku terhalang Oleh keadaan. Aku mengandaikan PUNK
sebagai satu PARLIMEN dan aku Wakil Rakyatnya. Aku bebas bersuara dalam dewan parlimen terbuka untuk menyatakan kebenaran yang selama ini terbenteng oleh kesempitan pemikiran. Dimanakah kebebasan untuk aku menyatakan semua ini? Adakah aku telah didiskriminasikan oleh mereka di dalam scene underground itu sendiri? Aku rasa kerana kesilapan mencampur-adukkan haluan kiri diantara scene underground dan haluan kiri politik pembangkang. Haluan kiri scene underground bergerak secara sembunyi dan bebas. Sementara haluan kanan dimonopoli oleh public untuk aliran mainstream. Manakala haluan kiri politik pembangkang di terajuai oleh Pakatan Rakyat(DAP+PAS+PKR). Dan haluan kanan politik pencadang diterajui oleh kerajaan persekutuan yang ditunjangi oleh UMNO dalam Barisan Nasional. Mungkin aku berhaluan kanan yang berpendapat tidak selari dengan kehendak keadaan. Dari sudut politik di Malaysia, empat negeri dan satu wilayah iaitu Kelantan, Kedah, Selangor, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.,Pakatan Pembangkang adalah kerajaan pencadang dan Barisan Nasional adalah kerajaan pembangkang. Disini, Barisan Nasional berhaluan kiri. Adakah bersamaan dengan scene undergraound dalam haluan yang sama?? Adakah disini tidak berlaku diskriminasi kepada rakyat dari pandangan scene underground. Aku rasa sikap yang ada dalam diri aku bersifat pengubahsuaian sesuatu keadaan yang aku fikirkan perlu dan betul untuk aku perkatakan. Dan aku berhak untuk menyatakan apa yang aku fikirkan betul dan perlu. Secara keseluruhan aku terpanggil untuk menyatakan sesuatu demi agama bangsa dan negara aku. Sehinggalah keadaan ini menghantui ku... Aku menyusun sepuluh jari memohon maaf sekiranya aku ternoda oleh kesilapan.. Dan kiranya ada kesilapan dari pihak orang lain, dengan hati terbuka aku telah maafkannya. Sesungguhnya bagi aku persahabatan itu jauh lebih bernilai dari segala apa harta dunia yang ada. Kerana manusia itu tidak sempurna sepenuhnya. Walaupun ada pembezaan pendapat di antara kita, kita perlu saling menghormati antara satu sama lain. dinkgo