Saturday, 30 October 2010

Kecelaruan Attitude


Syndrome

Tak dinafikan, kalo nak kata bagus tu, memang teramat bagus la sesangat. Sebab, kalo soal atau bab2 tentang hukum Allah ni, golongan ni memang ekstreme dan agresif.

Nampak macam sanggup lakukan apa saja kerana hukum Allah. Ibarat, sanggup mati memperjuangkan hukum dan agama. Tapi hakikaynya tidak. Kalo bercakap pulak, sejibik macam ulama, mentingkan agama dan akhirat, seolah2 dunia dilupakan.

Nampak ala2 macam seorang muslim yang sejati memperjuangkan hukum, agama dan patuh dengan suruhan Allah. Tetapi yang tak sedapnya, dalam masa yang sama, golongan ni pun sama melakukan pekara2 yang dilarang dan membawa dosa sama seperti golongan jahil.

Bila ada rakan2 bercakap tentang soal keduniaan yang mengarut2, golongan ni pun tak mahu ketinggalan nak tunjukan dia pun hebat jugak dalam bab2 keduniaan yang bodoh dan membawa dosa. Seolah2 lupa segalanya tentang hukum dan agama.

Jadi gua rasa golongan2 ni memamng tak sesuai lansung dengan Attitude mereka yang berlandaskan islam sejati. Tapi hakikatnya mereka2 itu sama saja dengan golongan jahil. Malah mereka lebih teruk lagi dari golongan jahil.

Adakah mereka2 ini hanya pandai berkata2 saja? atau mungkin mereka terpengaruh atau dipengaruhi? Dan adakan mereka2 ini sedang mengalami satu syndrome? Iaitu "kecelaruan Attitude" yang melampau.

Thursday, 28 October 2010

"Gangguan"

"Lubuk antu"

Malam tu, tepat pukol 9.45pm selepas selesai menghantar kakak gua ke bustand kuala dungun, tanpa mempedulikan keselamatan diri gua dan org lain, gua memecut dgn kelajuan separuh maksimum, sbb dalam kepala gua mase tu, asyik teringatkan satu tempat tu je..

Dalam kelajuan yg boleh dikatakan ekstreme la jugak, sempat lagi gua julurkan kepala gua ke luar tingkap kereta untuk melihat keadaan cuaca pada mlm tu cun atau tak.. Mlm tu, kelihatan si bulan tak segan silu memaparkan wajahnya yg bulat lg penuh itu. Kelihatan si bintang juga tidak mahu ketinggalan menunjukan keegoan dirinya yg bersepah di dada langit.

Gua dah dpt bayangkan betapa nikmatnya kalo dapat memancing pada mlm tu. Sebenarnya gua dah plan awal2 lagi dah dengan member2 gua nk pegi mancing dekat satu lubuk tu. Lubuk tersebut orang panggil "lubuk antu". Sebenarnya, mlm tu adalah mlm pertama kali gua datang ke lubuk tu. Memang gua tak berapa tau sangat psl dan selok-belok lubuk tu.

Dengar2 org kata la, lubuk tu memang popular dengan ikan siakap putih. Dengar2 juga, pernah ada kaki pancing mendaratkan ikan tu seberat 18kg. Tu adalah sbb yg membuatkan gua jadi obses dengan lubuk berkenaan. Tapi yg tak sedap tu, gua ada dengar jugak desas-desus mengatakan lubuk tu pun keras. Dengar2 pernah ada kaki pancing datang memancing di lubuk tu.. tapi tak sampai 5 minit berada di lubuk, terus blah.. sbb tak tahan dengan "gangguan" katanya.

Tapi gua tak berapa pasti jenis gangguan yg macam mane yg dimaksudkan oleh kaki pancing tu. Biasa la, cite lisan dari mulut ke mulut.. mana nak detailnya. Gua tak kisah sangat dengan cite2 macam tu, sbb sebelum ni pun gua pernah pegi ke tempat atau lubuk yg dikatakan keras. Hakikatnya takde plak kejadian yg menakutkan, Yg sampai boleh membuatkan gua demam seminggu. hehe.. lagi pun gua datang nak memancing, bukan nak cari atau kacau mende tu.

Mlm tu juga selepas memastikan perkakas, umpan dan peralatan pancing di masukkan ke dalam bonet kereta, dan bertolak. Lubuk tersebut berlokasi di kerteh. Ia terletak di belakang kilang Petronas Gas Komplek A. Perjalanan dari dungun ke kerteh mengambil mase 15 minit je, kalo driver macam gua ni yg pandu. hehe. Tapi mlm tu gua terpaksa pandu dlm kelajuan ala2 mcm orang baru belajar drive. Di sbbkan kesesakkan yg melampau tidak dapat dielakkan.

Sampai saja dilubuk, memang teruja jugak gua dibuatnya apabila melihat kawasan lubuk berkenaan. 'Kata lubuk antu.. Tp tak nampak macam ada hantu pun..' Memandangkan kawasanya yg berpadang, bersih.. dikiri kanan terdapat hutan dan bukit. melihat pula dari segi habitatnya pula, memang sah! sungainya yang berlumpur, airnya yang dalam, di kiri kanan dipenuhi pokok nipah. Di permukaan air pula, tidak lekang dengan kocakkan air yang disbbkan oleh ikan besar menyambar anak2 ikan di permukaan air.

Memang terdapat banyak anak2 ikan talapia bermain di permukaan dan gigi2 air di sekitar lubuk tersebut, dan ia akan menjadi mangsa si pemangsa yang rakus itu. Melihat keadaan itu, memang dah tak sabar rasanya mahu labauhkan umpan ke dalam luduk. Setelah umpan pertama dilabuhkan, gua pun melepakkan diri atas tikar sambil menikmati keindahan lubuk pada waktu dinihari.

Tak sampai beberapa minit gua melepakkan diri, gua dah dapat rasa.. 'rasa yg teramat seksa kerana terkena dengan satu gangguan ni..' gangguan yang sangat ekstreme, tak henti dan menyakitkan hati. Hanya orang yang sabar saja dapat bertahan dengan gangguan berkenaan. Member2 gua pun turut mengalami gangguan tersebut. Gangguan yang selalu dialami oleh setiap kaki pancing apabila datang memancing.


Memang betul la orang cakap.. Ada yang datang ke lubuk TU, tak sampai 5 minit terus blah sbb tak tahan dengan gangguan. Memang sah! 'inilah gangguannya..' tak dinafikan.. Memang la, kalo diserang tanpa henti, banyak plak tu.. Siapa yg tahan. Di saat itu juga, kesunyian malam pada malam tu, dipecahkan oleh hilai gelak tawa gua dan member2 gua apabila mengetahui maksud sebenar gangguan yang dikatakan oleh kaki pancing yang datang ke situ sebelum ni.
Gangguan yang gua maksudkan itu bukan lah gangguan mistik@mahkluk halus.. Eh! boleh dikatakan gangguan mahkluk halus jugak la.. sbb gua maksudkan mahkluk halus itu adalah 'Nyamuk..' hehehe.. Di tambah pula kehadiran spesis serangga penghisap darah yang lain iaitu 'Agas' menambahkan lagi seksaan kami pada malam tu..

Malam tu bagi gua adalah malam yg malang.. dah la yg diburu tidak tertawan,(mungkin takde rezeki) jadi pulak mangsa si pemangsa si halus penghisap darah.. 'Malam tu, gua dan memenber gua jadi si penderma darah.. hahah..'

Pokok dan manusia

Peumpamaan

Ada manusia yang diumpamakan seperti mangis yang tiada pandai menyimpan rahsia,yang lurus dan terlampau bodoh. Beberapa pangsa di buntutnya maka sebanyak itulah isinya. Telinganya besar tapi pekak. Getahnya kunig seperti emas lapan. Bila menyelat yakni hampir2 masak jadi kehitam-hitaman dan warna buah2 mangis yang cukup masak itu jadi kiasan oleh manusia iaitu, hitam-hitam si buah mangis, sungguh hitam dipandang manis.

Ada manusia yang diumpamakan seperti enau-enau dalam belukar, berebut2 nak naik ke atas, masing2 nak tunjukan pucuknya atau egonya.

Ada pula manusia yang diumpamakan seperti lalang. Kemana angin bertiup, ke arah itu lah ia tunduk, condong dan membongkok. Tetapi awas jangan membiarkan ia membiak, pokok lain akan kurus dan akhirnya mampos. Lalang2 hanya segan kepada gajah2 dan bila gajah2 lalu, maka lalang2 pun layu.

Ada juga manusia yang diumpamakan seperti pokok rengas. Batangnya besar, banyak dahan dan cabang2nya. Daun2nya lebat dan rendang. Tetapi awas manusia yang menghampirinya atau lalu di bawahnya tanpa memberi salam atau bertabik memberi hormat dengan berkata "Wahai datuk rengas Tan sri rengas, izinkan anak cucu nak lalu" maka akan disemburnya dengan racun yang halus seperti angin dan gatal2 seluruh badan seseorang manusia yang 'kurang ajar' itu hingga mengudis.

Ada lagi manusia yang diumpamakan seperti buluh. Kecil2 pakai kain dan baju,bersopan santun. apabila sudah besar maka ia bertelanjang bulat. Beramai2, berumpun2 di sepanjang lebuh raya,tebing2 sungai, lereng2 bukit. Namun demikian gunanya amat banyak, bolah dibuat ampaian kain, dibuat pengapit kelapa dan lain2.. Ada kalanya boleh digunakan untuk membunuh ular..

@Copy right

Tuesday, 26 October 2010

Sajak@puisi

Air dan Manusia

Kehidupan dan Manusia di ibaratkan seumpama air jernih dan bersih dari bukit yang mengalir.. mengalir mencari arah tuju..

air yang dingin mengalir laju terus mengalir.. tanpa kenal erti lelah dan penat..

mengalirlah ia.. walaupun dibelenggu segala kekotoran alam semesta.. sampah sarap, minyak hitam, keladak2, lumut2.. dan juga sisa2 makhluk alam yang bernyawa..

dan ini telah mewujudkan satu tembok penghalang,.. dimana ia akan memesongkan dan menghentikan perjalanan alirannya..

lalu ia tempuhi jua dengan kekuatan demi mencari segenap ruang.. agar ia terus dapat mengalir.. dan mengalir dengan satu arah dan harapan..

ia akan terus mengalir lagi.. dan mengalir selagi adanya kudarat, daya yang membolehkan ia mengalir.. tetap terus mengalir dengan keyakinan..

dikala itu.. sang suria masih sayang,.. masih membenarkan ia mengalir,.. maka, ia terus mengalir.. mengalir merentasi desa2, jeram2 dan sungai..

ia terus mengalir di setiap pelusok runag2 yang sukar.. dan terus mengalir.. mengalir bersama segala isi alam semesta yang akan mengubah warnanya..

tidak mengira hari dan waktu.. ia terus mengalir tanpa putus asa.. walaupun diiringi bersama segala isi alam yang kadang-kalanya akan memesongkan pengalirannya..

ia mangalir mengikut sebagaimana sifat kejadianya.. mengalir mengikut kejadian alam dan kehendak penciptanya.. dengan satu arah dan harapan, ia mengalir ikhlas dan tenang..

mengalirlah ia sebagaimana ditetapkan hukum alam.. dengan harapan agar ditempatkan dan disatukan.. lalu ia terus mengalir.. mengalir membawa bersama-sama isi alam yang menjadi arah tujunya..

dengan harapan akan diketemukan seumpamaan lautan biru luas terbentang.. tasik yang indah-damai serta bersih airnya.. juga dilengkapi pula dengan pelbagai kehidupan didalamnya..

ia mengalir.. dan terus mengalir lagi.. mengalirlah ia bersama harapan.. sehinggalah ia menjadi air yang mutlak.. air yang bersih kembali.. dan akan digunakan dan dimnafaatkan dengan pelbagai kebaikan..

sementara menantikan saat penghujung arah tujunya.. sedia menjadi mangsa.. mangsa kehangatan, keperitan dan kekeringan sang suria yang begitu garang menyebarkan cahaya kehidupan di jagat raya ini..

Monday, 25 October 2010

Sajak@puisi

Sirap manis

Jangan kau tanyakan aku erti bangsa
nanti aku akan suapkan kau
maksud berbilang etnik dan faham agama

Jika kau berikan aku erti harmoni
nanti akan aku ajarkan kau erti rasis
prejudis dan kauvinis

biar kau mabuk sawan kerananya
biar kau termuntah busuk berpintal-pintal

jangan kau tanyakan aku persefahaman antara agama
nanti kau tuduh aku jumud dan kolot

jangan kau paksa aku sentuh tentang
Palestin dan Iraq
nanti kau kata aku pembela keganasan

biar
biar saudara perempuanku dirogol setengah mati
biar
biar saudara-saudaraku dibunuh satu-persatu
dipenjara, dicabul maruah dan pegangan agama
aku tidak boleh menyebut nama mereka sedikitpun
mahu aku tersenyum
dan kata
"itu urusan mereka"
jika membalas
aku dicop pengganas

belum aku ajar kau makna diskriminasi
nanti kau terjangkit terkedu membusung
lantas aku racun kau dengan maksud realpolitik

biar kau mabuk sawan kerananya
biar kau termuntah busuk berpintal-pintal

Jangan tanya aku
erti persefahaman kaum
jika mereka duduk ramai-ramai
di tanah pusakaku
dan esok lusa
anak cucu mereka
menghalauku

Tiada gunanya kau bertanya
Selagi kau letakkan Tuhan dibelakangmu
Muhammad di kakimu
Rela berdiri di depan muncung Coca-cola
dan mati atas nama demokrasi

@COPY RIGHT

Sajak@puisi

Bolox wox

Jika anda ingin bertanya
apakah maksud Kontrak Sosial
tanyakan pada Lim Kit Siang
mungkin dia lebih mengerti dari
seekor beruk yang mendapat bunga

Jika ingin tahu apakah maksud
'Penghapusan Etnik'
tanyakan pada P. Uthayakumar
Kamus Oxford pun tidak termampu lagi
menceritakan definisinya
sebaik dirinya


Tanyakan makna Sensitiviti Kaum
dan Keistimewaan Bumiputra
pada Teresa Kok
anda mungkin terkesima jawapannya
lebih bijak dari seekor anjing
dari dua biji telur dan sedikit kuah


Mintalah nasihat Dr. Mashitah
tentang Qisas dan Hudud
rujuklah tentang Negara Islam Madinah
pada DS Najib Tun Razak
mereka lebih faham dari
Tuan Guru Hadi Awang


Jangan tanya maksud 'Allah'
pada Ustaz Haron Din
tapi rujuklah ia pada
Khalid Samad,Anwar Ibrahim dan pemimpin-pemimpin Umno
kerana merekalah pejuang 'Tuhan'
merekalah yang 'mensucikan' nama-Nya
di muka bumi ini


bukan para ulama
bukan para mufti
mereka banyak berpolitik
mereka banyak membodek


mari kita suburkan Pluralisme
kita jadikan Hukum Tuhan
sebagai tisu tandas paling mahal
di hotel yang bernama 'Malaysia' ini


jika mahu menangis
tanyakan pada Faisal Tehrani
"ayuh,menangislah!...menangislah....!"


@COPY RIGHT

Saturday, 23 October 2010

SYUKURLAH

SYUKURLAH
aBerterima kasihlah kepada tuhan apabila melihat bayang2 sentiasa mengekori setiap langkah anda... kerana itu bererti anda masih mempunyai matahari yang menyinari hidup ini.
...
aPanjatkanlah kesyukuran kepada tuhan jika banyak pakaian anda yang sudah sempit... kerana ini bermakna anda cukup makan, tidak hidup dalam kedaifan.
...
aBersyukurlah kepada tuhan apabila anda tidak perlu menyelamatkan diri dari ancaman peluru sesat atau bom yang tidak mengira mangsa... kerana itu bermakna anda berada di dalam negara yang aman dan sejahtera.
...
aBerterima kasihlah kepada tuhan kerana setiap tahun anda terpaksa membayar cukai pendapatan... kerana itu membawa erti anda masih mempunyai pekerjaan.
...
aBersyukurlah kepada tuhan kerana terpaksa membersihkan lantai,mencuci tingkap serta habuk yang melekat di dinding... kerana itu bererti anda mempunyai rumah untuk berteduh.
...
aPanjatkanlah kesyukuran kepada tuhan andainya terpaksa meletakkan kenderaan anda jauh di satu sudut... kerana itu bererti anda mempunyai kenderaan dan masih dikurniakan-nya kudrat untuk berjalan.
...
aBerterima kasih kepada tuhan apabila diganggu bunyi bising kenderaan yang lalu-lalang... kerana itu bermaksud anda masih mempunyai pendengaran.
...
aBersyukurlah juga kepada tuhan apabila terpaksa mengemas rumah yang berselerak selepas majlis keramaian... kerana itu bermaksud anda masih dikelilingi sahabat handai.
...
aBersyukurlah kepada tuhan apabila mimpi indah anda pagi ini terbantut oleh bunyi bising deringan jam loceng... kerana ia bererti anda masih bernyawa, dan sempat lagi untuk memngucapkan kesyukurn di atas segala rahmat dan nikmat2 yang
diberikan olehnya. Alhamdulillah..
...
qDiantara nikmat yang banyak itu termasuk juga nikmat dijadikan kita sebagai seorang Melayu dan dimuliakan pula dengan Islam. Hikmah dan kebijaksanaan Allah SWT yang telah menjadikan kita berbangsa Melayu dengan pelbagai keistimewaan yang barangkali tidak wujud pada bangsa yang lain.