Saturday, 16 April 2011

Mentaliti Kelompok

Kita sebenarnya akan terbentuk berdasarkan dalam kelompok dimana kita berada dan bergaul. Jika kita berada dalam kandang kambing, kita akan mengembik. Sekiranya berada dalam kandang harimau pula kita mengaum..

Orang Melayu yang tinggal lama di Amerika pula sebagai contohnya akan mempunyai budaya Amerika. Orang cina yang tinggal dalam kelompok Melayu pula akan fasih berbahasa Melayu dan bakal menpunyai nilai kemelayuan. Begitulah juga keaadan seterusnya.

Sesetengah orang agak sukar untuk keluar atau menerima satu kelompok yang berbeza kerana mendapati bahawa kelompok yang satu lagi itu adalah tidak selari dengan pengisian yang sedia ada dalam diri.

Dalam hal ini, kita sepatutnya mengamalkan sikap terbuka iaitu menerima dan menyesuaikan diri dengan mana2 kelompak yang kita temui. Ini kerana kita akan bertemu dengan ramai orang dan secara lansung kita akan terdedah dengan pelbagai pekara dan belajar dalam pelbagai perihal kehidupan dan dunia.

Secara lansung membuatkan kita berfikiran jauh terbuka dalam menanalisis dan menilai sesuatu benda atau pekara itu dengan lebih terperinci dalam membuat satu keputusan yang tepat dan menjamin masa depan yang cerah untuk generasi yang akan datang.

0 X:

Post a Comment