Wednesday, 21 July 2010

Petrol-Petrol dan Petroleumnya..


Petrol-Petrol dan Petroleumnya...



Alahai.. petrol naik lagi.. gua bukan nak menunding jari.. itu adalah hakikat hidup ini..? berjajar kereta motor berbaris nak mengisi.. penutup kali terakhir buat tahun ini.. bising-bising, pihak kerajaan pula dituduhi.. menipu rakyat membuta-tuli.. menaikkan harga minyak sesuka-hati.. kata kerajaan subsidi minyak di kekalkan lagi.. walaupun harga minyak melambung tinggi..

Petroleum sejenis bahan api fosil.. bukanlah bersifat infinite resouces.. ia ada batas dan habis pada suatu hari nanti.. bermakna semua benda melibatkannya tidak berfungsi.. kita semua memang menagih benda ni.. setiap apa sekalipun sumber tenaga datangnya dari benda ni.. pendek kata semuanya datangnya dari benda ni..(petroleum)

Petroleum adalah satu sumber bahan bakar yang terperam dalam muka bumi selama jutaan tahun. bangkai2 dinasour serta bangkai spesis2 angkatanya, setelah diperam akhirnya menjadi petroleum. untuk menapai bangkai menjadi petroleum bukan lah seperti membuat jeruk mempelam yang diperam dalam tempayang selama beberapa bulan. petroleum adalah proses semulajadi selama jutaan tahun. untuk mewujudkan sumber petroleum baru, terpaksa kita menunggu berjuta-juta tahun lagi untuk muncul... ada lagi ke kita masa tu?? huwawa..

Sebagai negara pengeluar petroleum,Malaysia juga dilihat oleh kuasa-kuasa besar sebagai negara yang penting.Negara yang mempunyai sumber petroleum adalah negara penting.Hal ini negara-negara Arab dilihat bakal susut dari segi pengeluaran kerana bekalan mereka semakin sedikit.Rizab 2% dari pengeluaran juga tidak mampu untuk menampung keseluruhan permintaan dunia pada masa depan.Amerika,penagih petroleum numero uno kini mula menukar dasarnya melihat jirannya Kanada sebagai rakan strategik.Akibatnya,kerajaan Stephen Harper telah berjaya membawa Kanada dengan dasar-dasar kerajaannya untuk menjadi "negeri ke-51" Amerika Syarikat.Kanada - mempunyai rizab 20% dari pengeluarannya - dilihat sebagai negara yang amat penting bagi Amerika.Perkara ini tidaklah semasa zaman Pierre Trudeau dimana rakyat Amerika menganggap Kanada sebagai "land of nothing except ice" semata-mata.

Tetapi sebesar manapun rizab petroleum Canada,atau Russia atau mana-mana - ia akan menghampiri penamat. Malaysia dijangka menjadi pengimport minyak lagi 2-3 tahun lagi. Dasar Anwar Ibrahim yang mengatakan sumber minyak boleh dijumpai dengan eksplorasi adalah dasar yang tak boleh dipakai. Hakikatnya eksplorasi hanya menjumpai minyak yang hanya boleh membiayai bajet eksplorasi. Macam jual karipap dengan harga tak balik modal. Hukum kapitalisme adalah keuntungan. Apa barang kalau keluarkan petrol tapi hanya untuk biaya ekplorasi?

Apa jua segala &%^#@$ dan #@$^&* tentang kenaikkan harga minyak adalah buang masa.. kalo korang tak caya, petrol tetap jugak naik harga.. tak guna korang nak bebel2 macam orang gila.. daripada korang maki-hamun kerajaan, lebih baik korang pikir buat seketika.. cukupkah fikrah manusia, menjadi manusia, jika tanpa petroluem dan kereta..?

Petroleum semakin kehabisan.. belajar ekonomi asas sudah pasti anda faham.. Permintaan yang melebihi penawaran akan menaikkan harga pasaran.. jangan pula jadi hipokrit buat2 bangang dan tak tahu yang petroleum ini makin kehabisan.. yang penting manusia hari ini berlajar bertukar2 fikiran.. bagaimana mengerakkan ekonomi ini tanpa petroleum yang semakin ketandusan..

Bukankah kita harus mencari alternatif baru.. menukarkan sistem yang lama kepada yang baru.. teknologi mengantikan petrol telah pun wujud pada zaman 70an dulu.. teknologi kenetik, solar dan bermacam lagi telah wujud pada masa itu.. bila sesuatu sistem itu berjaya, niat tamak pun berlaku.. segala yang bermanafaat kepada manusia tetap juga tidak berlaku.. yang berlakunya manafaat hanya lah untuk sebelah pihak yang didahulu..

Apa2 pun, pekara2 inilah membuatkan kita berada dalam belenggu..
ibarat menganggu tuan puteri sedang beradu.. yang penting kita harus buat sesuatu.. seperti menukar gaya hidup yang lama kepada yang baru.. dari BMW hitam kilat ke BMX warna biru.. kalo Anwar leader pun pekara yang sama jugak akan berlaku.. penukaran individu tak seharusnya berlaku.. perubahan sesuatu sistem atau gaya hidup itu yang harusnya berlaku..

Gua pun bosan dengan apa yang berlaku.. sesungguhnya gua bukan diam membatu.. yang patut, gua pun melulu.. berdasarkan sesuatu yang gua rasa perlu.. gua sedang belajar menerima sesuatu.. menerima hakikat hidup sesuatu yang perlu.. yang kekal hanyalah satu..(Allah swt) kerana dia lah segalanya berlaku..

Sunday, 04 July 2010

Dia ingat gua takut la tu..


Dia ingat gua takut la tu..

08.45pm Malam tu, kebosanan tahap dewa telah meresap ke dalam diri gua memaksa gua mendecide satu pekara yang agak luar biasa lah jugak hehe. Pekara yang gua akan lakukan pada malam tu bukan lah pekara haram atau salah disisi undang2. Pekara yang gua akan lakukan dengan member gua, ialah memburu sang siakap. Niat dihati dah lama teringin nak test market satu lubuk ni. Ia berlokasi di taman tasik sura berhampiran Uitm Dungun.

Sebelum memancing gua akan servey dulu di gigi air sekitar taman tasik tu mencari anak ikan dan udang untuk dijadikan umpan hidup. nak dijadikan cite malam tu, sedang gua ngan member gua, duk layan kepala cari anak ikan, tetiba ada satu suara menyampuk," lame dok napok?" la.. pak guard taman tasik ni rupanya.. ingat kan jembalang air mana yang tegur 'bisik hati gua'.

Gua memang kenal ngan orang ni, kerana sebelum tu, gua pernah bersembang kosong dengan dia ni. Boleh gua katakan la, dia ni seorang yang ramah mesra, tidak kira sesiapa, ringan je mulutnya bertegur sapa. Kalo dah becerita, ada saje cite yang kuar dari mulutnya. Ada tu gua pun naik bosan, tapi buat2 layan la, amik hati je.. kekadang gua ada terfikir jugak, 'dia ni kaki pill kuda ke?' ye la.. kalo dah sembang atau bercerita, lebat semacam je. Gua dengan member gua panggil orang ni, pak guard mesra alam. hehe.

Nak tak nak, malam tu gua ngan member gua terpaksa layan pak guard tu sepan dua. Tapi kenapa lak malam tu dia cite kisah seram. Dengan acuh tak acuh gua layan cite dia, sambil tu gua tangguk anak ikan di gigi air. Gua tak kisah sangat, sbb gua dah selalu dengar kisah2 yang lagi brutal dari tu. Dia cakap kat hujung taman ni ada satu pokok gelang besar berhantu. Pada pokok tu banyak akar2 liar yang menumpang macam tali tarzan. Dia cakap lagi, siang tadi ada satu jentera jentolak nak tumbangkan pokok tu, tapi tetiba je jentolak tu jadi tak berfungsi dan mati dengan tiba2.

Dia cakap lagi, lepas tu driver jentolak tu nampak benda warna putih bermata merah atas pokok. Dalam kepala gua fikir macam tak logik je.. dah la pekara tu terjadi siang2 buta. Nak reka cita, reka la yang logik skit. Nampak macam ada komplot tak nak bagi gua mancing kat situ je.
Sememangnya kat hujung taman tasik tu lubuk utama ikan siakap merah.
Kaki pancing sanggup meredah apa saja semata2 nak buru haiwan ni

Tanpa menunjukan reaksi mengelabah dan takut apabila mendengar cite tu, gua pun berkata, 'memang kitorang nak memancing kat sana la'. Terkelip2 je mata pak guard tu apabila mendengar kata2 gua, yang gua rasa macam orang cakap besar la jugak. Tapi gua bukan cakap besar, sesungguhnya niat gua datang nak memancing. Tanpa mempedulikan pak guard tu gua ngan member gua pun menyusul tepi gigi air taman tu menuju ke hujung taman yang dikatakan berhantu tu.

Sampai je kat situ, mata gua melilau mencari pokok yang didakwa. Indah khabar dari rupa, pokok nya tak la sebesar mana. Sama je saiz dengan pokok2 yang lain kat situ. Tapi yang membezakan pokok tu, sbb terdapat akar2 liar yang menumpang pada pokok tu macam tali tarzan. Pokok tu cam biasa je gua rasa, yang nampak seram tu sebab banyak akar terjuntai-juntai.

Tanpa mempedulikan pokok tu buat sementara, gua pun labuhkan la umpan gua yang pertama ke dalam lubuk. Sambil tu, gua pun masih jeling2 jugak ke arah pokok tu. Mana le tahu kot2 muncul benda putih bermata merah seperti yang didakwa tadi. hehe.. sambil menyedut asap rokok dunhill, kepala mendonggak ke langit, dalam kepala gua berfikir.. betul ke apa yang diceritakan oleh pak guard tadi? sebenarnya gua dah malas nak amik port dengan cite pokok tu. Dalam kepala gua nak naikkan sang siakap barang sekilo dua.

Malam tu, gua ngan member gua berkampung dan berembun tepi lubuk tu. Dalam kepala asyik duk layan umapan di sentap ikan, masa pun berlalu, kalo tak silap gua, dah pukul 02.30am tapi, tiada apa2 pun berlaku, joran pun nampak kaku je. maknanya umpan2 pun semua tak laku. Gua pun decide nak blah je dari situ sebab dah tak tahan lagi dah dengan gigitan nyamuk dan kesejukan.
Sambil mengemas pekakas, gua sempat lagi menjeling ke arah pokok tu kali terakhir. Mana la tahu kot2 muncul.

Malam tu memang menghampakan gua.. sang siakap yang diburu tidak tertawan. Mungkin tiada rezeki.. tapi dalam sepanjang malam gua berkampung di tepi lubuk berdekatan pokok berhantu tu, takde lak bende2 pelik seperti yang didakwa oleh pak guard mesra alam tu.. mungkin sekadar cite lisan je.. mungkin benar atau tidak, hanya allah saja yang tahu. "sesungguhnya orang yang tidak pernah mencuba sesuatu pekara, adalah orang yang tertipu"

Saturday, 03 July 2010

Sajak@puisi

#Telah lama kita..

Telah lama kita bangsa melayu dipersenda
Telah lama kita tidak apa!
Telah lama kita diperkotak-katikan
Telah lama kesabaran memanjat usia
Bukan kita pinta titisan darah di bumi bertuah
Cuma keadilan ditagihkan
Dimanakah pejuang anak bangsa?

Sebagai anak jati yang selama ini terbiar
Hingga kepala dipijak batu dilontar
tapi dimanakah pejuang anak bangsa?

Kita tunduk pada permintaan
Kita dipijak dengan cacian
Keris dihunus lambang kemegahan
Tapi kita masih terus ketinggalan
Dimanakah pejuang anak bangsa?

Friday, 02 July 2010

The Art Of War









#The Art Of War

Thursday, 01 July 2010

Sajak@puisi

#PERIHAL MEREKA
O
SIAPA MEREKA? MEREKA ITU KITA,
MEREKA ITU DIA DAN MEREKA ITU ANDA.
KISAH PERIHAL MEREKA YANG MEMEREKAKAN
DIRI MEREKA DENGAN CERITA REKA. MENGAPA PERIHALNYA
SEBEGITU RUPA? MENGAPA MEREKA? PERIHAL SIAPA?
#Mereka tahu bagaimana caranya untuk
mengeji tapi tidak arif tentang bagaimana
mahu ambil peduli
#Mereka bijak memberi sasaran untuk
kebajikan tetapi handal memerima suapan
untuk kebajikan diri-dendiri
#Mereka berat mata menyelongkarkan kepayahan
sabung nyawa orang tapi berat tulang
membongkar kudrat demi membantu nyawa
yang disabungkan
#Mereka mahu berada dikalangan yang
paling baikk tapi benci melihat kalangan yang
tidak bernasib baik
#Mereka riuh berbicara tentang keadilan tapi
senyap bila keadilan yang dicanang tidak
dilaksanakan

KukuKIRIkakikU

#KukuKIRIkakikU

Banyak orang yang faham tapi ada gak yang buat-buat tak faham, ada tu memang tak faham langsung.. Kita semua taw kan,, Scene u/g ni kan satu platform untuk menyatakan seasuatu pandangan, pendapat, Ketidakpuasan hati, ingin memberontak dan bersifat pengubahsuaian yang membina dan membawa kebaikan untuk semua. Kalo korang tak taw, biar aku bagi taw.. Ni aku bukan nak tunjuk pandai.. hehe. Scene ini berhaluan kiri yang merupakan satu aliaran bawah tanah(Pasaran Gelap) dan bersifat Bebas Bersuara dan tidak mengira idividu termasuk atok dan nenek korang sekali pun bley meyuarakan pendapat yang diorang rasakan betol dan perlu di dalam scene ni hehe.. Banyak orang dalam komuniti ni menyatakan ketidakpuasan hati mereka melalui Medium(muzik)yang bersifat rebel dengan genre muzik yang berbeza seperti Punk, Hc/punk, Grindcore, Grunge dan sebagainya. Kecelaruan dalam menafsirkan maksud underground telah menyebabkan scene ini punah bergeratakkan. Kesilapan banyak orang yang menyamakan scene u/g yang berhaluan kiri ni, menyamai haluan kiri parti pembangkang(D.A.P+P.K.R+P.A.S). Bley dikatakan la, aku tengok memang banyak bebudak u/g ni lebih berhaluan kiri parti pembangkang hehe.. Dan ada jgk atas pagar jee.. Almaklumlah pandangan orang berbeza2 tentang parti2 politik ni dan berbeza pendapat. Kite sendiri taw kan, 4 negeri dan satu wilayah seperti Kelantan, Kedah, Selangor, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur., Parti BN adalah barisan pembangkang yang berhaluan kiri yang boleh menyamai haluan kiri scene ini. Terengganu pun dulu pernah menyaksikan kegagalan Parti Pencadang Pas dalam mentabbir dan menguruskan negeri ni. Di sini BN juga menjadi sebuah parti yang berhaluan kiri.. Bagi aku la.. orang lain tak tau la aku.. Dan bagi aku U/g scene ni satu pletform je bagi seseorang itu bebas berkarya dan sebagainya untuk menyatakan luahan rasa hati mereka. Dan ia available kepada sesiapa saje tidak mengira sesorang itu berhaluan kiri atau kanan dalam politik..