Tuesday, 30 November 2010

Bila dikenang-kenang
Airmata jatuh berlinang
Bila diingat-ingat
Dalam air badan berkeringat
Bila disebut-sebut
Nafas kita menjadi semput!

Friday, 19 November 2010

Politik@Politrick

LAWAK JE..

#Seorang murid sekolah rendah mendapat kerja rumah dari gurunya untuk menerangkan erti “politik”. Kerana belum memahaminya, ia kemudian bertanya kepada ayahnya apa erti “politik” itu.

Ayahnya mahukan anaknya dapat berfikir secara kreatif memberikan penjelasan, “Baiklah nak, ayah akan cuba menjelaskan dengan contoh, ayahmu adalah orang yang bekerja untuk menanggung keluarga, jadi kita sebut ayah adalah Investor. Ibumu adalah pengatur kewangan, jadi kita menyebutnya Pemerintah. Kami di sini memperhatikan keperluan mu, jadi kita anggap kamu sebagai Rakyat. Orang gaji, kita memasukkan dia ke dalam Kelas Pekerja. Dan adikmu yang masih bayi, kita anggapnya sebagai Masa Depan. Sekarang, fikirkan hal itu dan kita lihat apakah penjelasan ayah ini boleh kamu fahami”.

Si anak, kemudian pergi ke tempat tidur sambil memikirkan apa yang dikatakan ayahnya. Pada tengah malam, anak itu terbangun kerana mendengar adiknya menangis. Ia melihat bahawa adiknya kencing di tilam. Si anak lalu menuju ke bilik tidur orang tuanya dan mendapati ibunya sedang tidur nyenyak. Karena tidak ingin membangunkannya, ia pergi ke bilik orang gaji. Pintu terkunci, ia mengintai melalui lubang kunci dan melihat ayahnya berada di tempat tidur bersama orang gajinya. Akhirnya ia kecewa dan kembali ke tempat tidur, sambil berkata dalam hati bahawa ia sudah mengerti erti “politik”.

Pagi harinya, sebelum berangkat ke sekolah, ia mengerjakan tugas yang diberikan oleh gurunya dan menulis pada buku tugasnya sebagai berikut : “Politik adalah hal dimana para Investor meniduri Kelas Pekerja, Pemerintah tertidur lelap, Rakyat diabaikan dan Masa Depan berada dalam keadaan yang menyedihkan”.

Saturday, 13 November 2010

PAS + ISLAM = Macam Langit Dengan Bumi


Islam mengajar kita untuk memberikan keadilan kepada semua pihak walaupun kepada tumbuh-tumbuhan sekalipun. Itulah yang diamalkan oleh UMNO sejak penubuhannya dan juga didalam pemuafakatan gabungan Barisan Nasional.

Islam tidak pernah mengajar kita untuk menjadi taksub melampau terhadap satu-satu pemimpin dikalangan bangsa kita sendiri. Dan Islam juga melarang kita terlampau mengagung-agungkan ketua hingga sanggup menghalalkan apa jua yang diharamkan didalam agama.Islam mengajar kita untuk menjadi adil dan tegas dalam setiap hal dalam kehidupan kita.

Islam tak mengajar kita untuk tunduk kepada kafir tetapi kita disarankan untuk bertoleransi dengan kafir selagi mereka tak memusuhi agama kita.Semua itu sudah jelas tentang apa yang Islam mahukan. Tegas kepada golongan yang engkar dan lembut dengan golongan yang tunduk. Itulah pendirian UMNO terhadap DAP berbanding MCA, MIC dan lain-lain komponen didalam Barisan Nasional.

Berlainan dengan PAS. PAS nyata terbalik didalam mengamalkan apa yang disarankan oleh Islam tentang hubungan dengan kaum kafir. DAP yang engkar terhadap negara Islam sanggup mereka peluk cium manakala kafir lain yang bersama BN mereka cerca dengan pelbagai tohmahan.PAS telah lama engkar dan akan terus menerus engkar.


Terlalu banyak bukti yang boleh dijadikan hujah betapa engkarnya PAS terhadap Islam walaupun rata rata ahli PAS itu mempunyai nama bercirikan Arab. PAS cuba ekslusifkan Islam hanya kepada parti mereka sahaja. Ini yang salah didalam PAS.Keengkaran PAS kepada Islam tidak pernah kunjung padam.

PAS mendakwa mereka lebih tulen keislamannya tetapi lain sekali didalam amalan yang mereka tunjukkan didunia nyata.Jika ada yang berpandangan bahawa ceramah dan politik PAS itu suatu kerja dakwah, wajarlah untuk orang yang berpandangan sebegitu merenung sejarah Yahudi Madinah untuk diambil iktibar daripadanya.

Adakah tindakan Rasulullah saw serta para Sahabat bergaul dan menjalin kerjasama dengan Yahudi di Madinah itu sama seperti cara PAS menjalinkan kerjasama dengan DAP? Baginda Rasul juga berpolitik tetapi amat berlainan sekali dengan apa yang diamalkan oleh pemimpin-pemimpin PAS hari ini.
Kenapa masih ramai pemimpin PAS yang sanggup menjadi balaci kafir DAP di dalam mengutarakan agenda jahat memusnahkan bangsa dan agama? Sepatutnya PAS yang menjadi ketua didalam gabungan Pakatan seperti unggulnya UMNO menunjangi Barisan.



Kenapa PAS tidak mahu memperkasakan bangsa mereka sendiri demi menjamin kekuatan Islam? Kenapa PAS lebih selesa mengeluarkan pandangan hanya dengan kelulusan dari puak kafir laknatullah DAP? Inikah yang mahu dikatakan oleh pemimpin PAS bahawa Islam itu lebih hebat dari agama lain?Dengan segala kekalutan yang timbul hari ini, apa beza diantara mereka mereka didalam PAS ini dengan ulamak su’u yang berleluasa dizaman Khawarijj? Ketahuilah bahawa semuanya sama sahaja diantara keduanya.

Mereka yang mengaku Ulamak didalam PAS akan mengeluarkan pandangan apabila timbul kekeliruan dan pandangan mereka itu akan membuatkan kekeliruan itu makin mengelirukan.



KATA-KATA PP: Mungkin inilah yang dikatakakan ulamak akhir zaman??Sesat lagi menyesatkan!.. Ya Allah Ya tuhan ku.. jauhkan lah kami dari segala kemungkaran mu ya Allah..

Friday, 12 November 2010

DAP + Malaysia = ?



Apakah Ini Yang Akan Berlaku?Sekiranya DAP Perintah Malaysia?


sekiranya DAP memerintah negara ini - ia akan menjadi lebih dahsyat dan zalim daripada PAP di Singapura. Baca tulisan di bawah :


INI REALITI DI SINGAPURA SEKARANG..(kiblat bagi ahli2 DAP)


-ISA Dilaksanakan Begitu Keras Dengan Tahanan Paling Lama Cecah 23 Tahun (Chia Thye Poh-tahanan politik). Kebanyakkan yang masuk ISA ialah aktivis politik, pemimpin kesatuan dan pelajar.

-Badan Kehakiman Dikawal Kerajaan.

-Kesatuan Pekerja Kebangsaan dipengerusikan Menteri Kabinet Singapura (tidak bebas).

-Semua Stesen TV Dan Suratkhabar Adalah Milik Kerajaan
Pihak Yang Cuba Bantah Kerajaan PAP Akan DiSaman Sampai Bankrap Dan Tidak Ada Mana Hakim Yang Berani Buat Keputusan Menentang Kerajaan.

-Rakyat Diberikan Saham Yang Boleh Ditukar Dengan Wang Tunai Sehari Sebelum Pilihanraya Umum 2001 (rasuah)

-Penduduk di Kawasan Perumahan Yang Tidak Menyokong Kerajaan, Tidak Akan Mendapat Khidmat Penyelenggaraan yang Sempurna pada PRU 1997 (ugutan)

-Kaum Melayu tidak dibenarkan berkhidmat sebagai juruterbang dan Komando Angkatan Tentera.

-Hanya ada seorang saja Jeneral India Muslim yang berkhidmat dengan SAF, yang lain semua Cina.

-Pemilikkan rumah orang melayu di Bedok dan Geylang dikawal dan dihadkan oleh Housing and Development Board (HDB) untuk menyekat pengembangan orang melayu dan digantikan dengan orang cina yang dibawa masuk dari Negara China (ethnic residential quotas 1989).

-Diskriminasi kaum dalam bidang pekerjaan dengan kebanyakkan syarikat meletakkan syarat fasih berbahasa Mandarin dan mengutamakan pekerja asing (gaji murah) daripada bangsa Minoriti Singapura. Ada sesetengah kes bilamana calon kaum minoriti berjaya membuktikan kefasihan bercakap dalam bahasa Mandarin, mereka akan diminta menulis dalam bahasa cina pula.

-Kebanyakkan pemilik rumah (cina) tidak membenarkan orang india menyewa rumah mereka.

-Kerajaan Singapura memberi biasiswa sebanyak S$500 sebulan kepada kanak-kanak dari Tanah Besar China (terutama Hunan dan Hubei) untuk belajar di Singapore. Keistimewaan sama tidak diberi kepada kanak-kanak dari Malaysia mahupun India.

-Bahasa kebangsaan Singapura pada 1965 ialah bahasa Melayu tetapi telah ditambah kepada bahasa-bahasa lain berikutan penurunan populasi Melayu.

-Racial Harmony Day dirayakan setiap 21hb July tiap tiap tahun bagi memperingati rusuhan kaum yang berlaku pada 1964 yang berlaku antara etnik cina dan melayu. Rusuhan kaum ini adalah antara punca kenapa Singapura dikeluarkan dari Persekutuan Malaysia 1965 bila ia dijadikan alasan oleh LKY untuk menuntut hak kesemarataan dari Tunku untuk semua rakyat dalam Persekutuan Malaysia


KATA PP: Malaysia pun kemugkinan akan jd mcm singapura kalo di biarkan zionis komunis DAP ni takluk malaysia.. tngk peneng cukup..

Hari ini sebagai pembangkang, mereka boleh cakap pasal apa sahaja termasuk penghapusan ISA dan soal kesamarataan tetapi percayalah, apabila mereka berkuasa, mereka akan memperkenalkan dasar-dasar yang menindas orang melayu seterusnya membangkitkan tindak balas orang melayu dan ketika itulah mereka akan memperkenalkan ISA semula atas alasan keselamatan negara. Di Singapura, Lee Kuan Yew juga bercakap mengenai kesamarataan tapi hakikatnya tidak ada yang samarata sebaliknya diskirminasi yang nyata.. fikir2 kan lah..

Thursday, 11 November 2010

Mutiara Kata

Diriwayatkan oleh imam al-nawawi al-bantani dan nasa'ih al-ibad

"Kemuliaan dunia boleh diraih dengan harta. Tetapi kemulian akhirat hanya boleh diraih dengan amal soleh."

Maka, kemuliaan dunia hanya bersifat sementara sahaja. Pangkat, nama dan harta akan hilang apabila kita meninggal dunia, kembali ke Rahmatullah kelak.

Namun kemuliaan akhirat akan kekal abadi selama - lamanya. Wallahualam.

KATA PP: fikir2 kan lah..

Tuesday, 09 November 2010

FAKTA!! apa yang berlaku sebelum 13 MEI..

Pada 4 Mei 1969 di Kepong, sekumpulan pemuda Cina menconteng grafiti anti pilihan raya. Polis suruh berhenti dan diserang dengan besi dan lastik besi. Polis pertahan diri dan tembak mati seorang. Mayat di preserved untuk perarakan pada hari undi 10 Mei.

Pada 9 Mei 1969 di Kuala Lumpur, perarakan membawa mayat melalui Kuala Lumpur dan menyebabkan kesesakan lalu lintas, melaungkan slogan ‘Malai Si’ (Melayu Mati) dan slogan ‘Mao Zedong’ termasuk hutang darah dibayar darah.

Pada 10 Mei 1969, Pulau Pinang tumbang, nyaris kalah di Selangor dan Perak. Beberapa kerusi Parlimen tumbang kepada DAP dan GERAKAN.
Perarakan kemenangan dibuat pada 11 Mei 1969 di jalan Brickfields pada pukul lima petang. Dia kata apa? “Apa polis boleh buat? Kita Raja,buang semua polis Melayu”.

Pada 11 Mei 1969 pukul 8.30 malam di Jalan Bukit Bintang, perarakan DAP – “Mati Melayu, sakai pergi masuk hutan”.
Pada 11 Mei 1969 pukul 10.00 malam di Jalan Changkat Dollah – “KL sekarang Cina punya”.

Pada 12 Mei 1969, satu perarakan di Jalan Ipoh, Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Parlimen, Jalan Raja Laut, Jalan Hill masuk ke Kampung Baru dengan 500 skuter. Apa mereka kata? “Melayu balik kampung, Melayu sudah tiada kuasa. Sekarang kita Cina control.” Bila lalu depan Kampung Baru mereka kata “Melayu keluar! Apa lagi duduk sini, kita hentam sama lu, sekarang kita ada kuasa”.

Pada 12 Mei 1969 pukul 7.30 petang di pondok polis Jalan Pudu – “Maki polis! Semua Melayu kasi habis, kasi halau semua polis.”

Pada 12 Mei 1969 pukul 8.30 malam di Jalan Bukit Bintang – “Apa ini Melayu, kita sudah perintah dia negeri, ini negeri bukan Melayu punya, mata-mata lancau.”

Pada 12 Mei 1969 pukul 7.00 petang di Jalan Canvel – “Butoh Melayu, Malai si, pergi mati Melayu.”

Pada malam 12 Mei 1969 di Jalan Bukit Bintang – “Ini negeri bukan Melayu punya, kita mahu kasi halau semua Melayu.”Pada awal tengah malam 13 Mei 1969 di Kampung Baru – “Maki orang Melayu, Melayu balik hutan".

Pada 12 Mei 1969, 9.30 malam, PJ. – “Sekarang kita perintah apa boleh buat? Melayu balik kampung. Melayu sudah jatuh, MARA boleh keluar. Melayu balik kampung, MARA hendak beri habis.”

itu yang terjadi sebelum 13 mei.sebenar nya semua punca dari pergaduhan itu adalah DAP KOMUNIS yang melaga-laga kan cina dan melayu ketika itu.ramai rakyat keliru dan mereka ingat cina yang bersalah.tetapi cina tidak ada masalah.yang ada masalah dengan melayu adalah DAP KOMUNIS.nampak nya ada pulak yang berkawan dengan parti ini...


KATA PP: Wah!! Siapa lebih rasis sebenarnya???? fikir2 kan la...

Monday, 08 November 2010

ULAMA' POLITIK vs ALIM ULAMA

Betapa islam telah dilacurkan oleh sesetengah pihak demi serakah nafsu, kuasa politik dan dendam syaitannirrajim mereka kepada saudara se-agama dan se-bangsa mereka...

KATA PP: Korang boleh nilai dan berfikir..Gua xnak cakap lebih2.. hehe..

Friday, 05 November 2010

TeamWork........"BETTER FOR ALL"


Berkerjasama adalah "ADIL UNTUK SEMUA".. hehe..

Keputusan rasmi PRK Parlimen Batu Sapi dan Dun Galas


Parlimen Batu Sapi

Linda Tsen (BN-PBS) - 9773
Yong Teck Lee (SAPP) - 2,031
Ansari Abdullah (PKR) - 3414
Majority - 6359

Dun Galas

Dr Zulkefli Mohamad (PAS) - 4134
Abdul Aziz Yusof (BN-Umno) - 5324
Majority - 1190


KATA PP: Adat pertarungan.. hehe.. Gua peduli ape.. janji gua hidup aman selesa, cukup makan, ada pakaian, ada tempat tinggal, ada job, bebas dari peperangan dah cukup bagi gua n bersyukur seadanya.. kekadang tu merunggut gok.. hehe..

Wednesday, 03 November 2010

Demo rakyat PP bangkit menentang kezaliman Guan Eng





Kaum cine pun bangkit menentang Guan Eng.





Ini bukan isu perkauman tetapi isu mengenai hak dan kepentingan rakyat PP !! Penduduk Kg Genting bukan sahaja bangsa Melayu tetapi ada juga kaum Cina dan mereka merasakan tindakan Guan Eng adalah tidak adil dan merampas tanah mereka . . Malah peniaga di Komtar juga rata-ratanya terdiri daripada peniaga berbilang kaum juga tidak berpuas hati kerana hilang sumber rezeki apabila ditutup peniagaan mereka .

Jadi , kehadiran mereka berdemo dan menyerahkan memorandum semalam merupakan isyarat dan kemarahan kepada kerajaan Pakatan dari suara akar umbi rakyat PP yang berasa nasib dan hak mereka ditindas oleh Ketua Menter berlidah biawak ini .

KATA PP: Jom ramai2 jatuhkan zionis DAP yang semakin kejam dan tidak bertimbang rasa sesama manusia..

Tuesday, 02 November 2010

Dr Asri balun saudagar mimpi bersara dari politik!!




Pastinya ramai pemimpin2 Pakatan terasa dan melenting dengan kata-kata Dr Asri ini kerana jika Anwar bersara , maka angan-angan mereka untuk berkuasa dan menjadi menteri tidak akan tercapai . Hanya Anwar sebagai jalan mereka untuk menuju Putrajaya. ikuti petikan kritikan pedas kepada saudagar mimpi dari Cherok Tok Kun ...

"Saya rasa Ketua Pembangkang DSAI, sudah sampai masanya untuk bersara ‘politik’. Sudah banyak rentak tari politiknya yang makin tidak ‘seimbang’. Zamannya mungkin makin menyusur pergi. Saya tidak fikir generasi baru terus bertahan untuk melihat ‘story-design’ politik yang sama.

"Kita perlu politik idea iaitu politik yang berteraskan kebijaksaan dan pemikiran yang bernas dalam memajukan masyarakat dan negara.
"Kita tidak mahu politik sekadar kutuk-mengutuk, maki-memaki dan hina menghina tanpa sebarang cadangan yang membina dan memajukan pemikiran rakyat.


"Saya tahu sesetengah pembangkang cepat 'melenting' jika ada pandangan yang mereka tidak setuju.
"Namun, mereka kena ingat banyak pandangan saya yang tajam terhadap kerajaan, alhamdulillah mereka tidak melenting, sebaliknya berinteraksi dengan baik,"



selanjutnya..