Wednesday, 06 April 2011

Diam-diam gunung berapi..

~Apabila melihat alam besar.. Sesekali gunung berapi meletup, dihamburkan segala isi.. asap, debu, batu dan lahar merah membara.. dihamburkan dengan garang tanpa mengira apa disekelilingnya. Begitulah lumrah alam besar ciptaan ilahi. Namun apabila melihat alam kecil yang bergelar insan.. juga boleh meletup kalau "terlalu" diprovokasi dan ditekan. Ibarat seperti sebijik bola ping pong.. semakin ia ditekan ke dalam air semakin kuat ia melenting. Semoga api amarah ku sentiasa stabil dengan segala provok-provok dan apa jua dugaan yang diberi olehNya. :)

2 X:

Mutalib attholib said...

Moga berjaya tuan goomall menghadapi segala provokasi dengan tenang! hehe..

Sang GOomaLL said...

mudah-mudahan.. :)

Post a Comment