Friday, 29 April 2011

Rumah Nan Lengang


Rumah nan lengang
bersimpuh pusaka tua yang tidak punya nilai apa-apa
laksana Al-Quran usang
tergeletak di atas rak tiada disentuh lagi
kerana rabun mereka sudah pekat dan gelap

Rumah Nan Lengang
berdiri tiang seri yang kusam warnanya
sudah condong keadaannya
sudah hilang kekuataanya
sudah tiada lagi gahnya
sudah pudar sejarahnya
tatkala anai-anai dan bubuk bermaharajalela
hanya menunggu rebah dimamah tanah

Rumah Nan Lengang
hanya tinggal catatan di ingatan
seutas bahasa yang tidak berjiwa
sekalung budi yang tidak dikenang
serangkai budaya yang tidak diamal
kini hanya tinggal nama tiada dalam sejarah dan tidak dicanag lagi.

Monday, 25 April 2011

Tanah bonggol berbukit


Ko main ikut je cakap dier.. tanah bonggol berbukit tu kene ratakan.. aper kebende ko ni?? Dan ko ingat plak tanah bonggol berbukit tu mesti digondolkan.. kalau tak, ko ingat anak cucu saudara mara ko jadi malas berusaha nanti kononnya..

Tak nanti tanah tu digondolkan, dah memang keturunan anak cucu saudara mara ko dari dulu lagi mudah lupa.. malas nak berusaha. Tapi ko jangan bandingkan ko dan anak cucu saudara mara ko dengan dier.. Dier tu dah memang dari tempat asal keturunan nenek moyang dier tu lagi kaya raya..pandai berusaha.. pakar dalam segala bidang business plak tu.

Sebab tu dulu-dulu ko asyik nampak muka dier je yang datang umah kau jual sayur setiap hari.. kah kah kah.. Tapi ader juga la anak cucu dier yang malas macam anak cucu ko.. haha

Saturday, 23 April 2011

Feeling


Susah senang dalam kehidupan adalah takdir dariNya. Namun kau adalah manusia biasa seperti orang lain yang dianugerahkan dengan perasaan.. (Sama jgk aku..)

Yang kadang-kadang menjadikan kau sedih, marah dan gembira apabila mengingatkan sesuatu pekara atau peristiwa dalam kehidupan ini..

Diharap Semoga dikau redha atas segalanya dan membiarkan semua itu berlalu sebagai rencah kehidupan yang tidak akan menimbulkan bekas pada pegangan kita..:)

Friday, 22 April 2011

Suam-suam kuku..


Aku dah malas nk sifir2.. memang politik itu cuma secuit kuasa je. Dah memang ko jenis suka mengata2 dan berasaskan hanya ko aje yg terror.. huhu

Ko jgn anggap ko mampu merancang segala pekara.. ko mesti kene ingat yg tuhan itu maha berkuasa dan menentukan segalanya. Tp aper yg dah ader ko bukannya suka dan gembira..

Hari ini ko ligat cabar-mencabar semata2 rebutkan kuasa. Ko lebih suka bermasam muka drp duduk semeja dgn saudara-mara.

Namun ko pun kekadang terlupa yg langit itu tinggi sebenarnya. Dan ko hanyalah manusia. Manusia itu sifatnya hina, lemah.. serta kerdil berbanding dengaNya..

Apalah ada pd secuit kuasa yg ko rebut2kn..? ko pun org yg terror dlm agama apa..?? Jd berpada-padalah hendaknya..

Wednesday, 20 April 2011

Bahaya woi..!


Nasib baik ko budak.. kalo x, x psl2 ko msk hospital.. kalo x mati xpe la.. nanti xpsl2 aku kene naik court.. Gile! tengah bwk moto sempat lagi bermsg2.. aku tau la ko tengah hangat bercinta.. mcm dah xde mase lain sangt nak reply msg kat aweks ko 2..huhu

Ko bukannya budak sekolah rendah lagi sampai aku nk kene bgtau ko peraturan jln raya.. kalo perbuatan ko x menyusahkan org lain xpe la.. ni nyaris2 aku nak terlanggar ko.. ko bukannya x tau aku suke bwk kete laju2 hehe..

Jd, kpd geng2 remaja diluar sana, x kire tua atau muda tolong la.. kalo nak bermsg tu, jgn bermsg sambil bwk moto.. bahaya woi..! aweks ko atau jiran ko x marah punya kalo ko x reply msg dlm 1 hari.. kalo ko nk mati katak try la amal tabiat ni.. huhu

Saturday, 16 April 2011

Mentaliti Kelompok

Kita sebenarnya akan terbentuk berdasarkan dalam kelompok dimana kita berada dan bergaul. Jika kita berada dalam kandang kambing, kita akan mengembik. Sekiranya berada dalam kandang harimau pula kita mengaum..

Monday, 11 April 2011

Terkurang ajar sikit

Aku kurang ajar ke, ape ke, aku peduli aper..

Wednesday, 06 April 2011

Diam-diam gunung berapi..

~Apabila melihat alam besar.. Sesekali gunung berapi meletup, dihamburkan segala isi.. asap, debu, batu dan lahar merah membara.. dihamburkan dengan garang tanpa mengira apa disekelilingnya. Begitulah lumrah alam besar ciptaan ilahi. Namun apabila melihat alam kecil yang bergelar insan.. juga boleh meletup kalau "terlalu" diprovokasi dan ditekan. Ibarat seperti sebijik bola ping pong.. semakin ia ditekan ke dalam air semakin kuat ia melenting. Semoga api amarah ku sentiasa stabil dengan segala provok-provok dan apa jua dugaan yang diberi olehNya. :)

Sunday, 03 April 2011

Meracau..

~Apabila seseorang itu mula meracau..., jangan dikacau.. Biarkan sahaja.. Lama kelamaan keringlah air liurnya.. huhu.. Adapun diam itu lebih baik daripada mencari salah dan silap manusia.. Aku dah bosan!!

Friday, 01 April 2011

Si tua yang pelupa

sketsa ringkas- Al kisah di dalam sebuah kampung terdapat seorang tua bernama Pak Kaduk. Pak kaduk adalah seorang tua yang sangat pelupa. Dalam masa yang sama Pak kaduk juga dikenali sebagai jagoan laga ayam yang disegani..