Tuesday, 25 January 2011

The view

Pantai kampung sura hujung bersebelahan kelab golf desa dungun pada pukul 5.24pm Ermm.. Boleh tahan.. Indah sungguh ciptaan sang maha pencipta..(Allah s.w.t)

Monday, 24 January 2011

Bahan cerita

Orang kata, Kalau jalan dah dibuka kepada kita untuk menuntut atau melakukan sesuatu yang baik.. buatlah bersungguh-sungguh.. kalau menuntut pula, biar lah sampai ke negeri china.. Tapi jangan dicari aib orang.. penting dan kisahkan dulu apa yang kita tuntut atau buat. Jangan la pula buat atau menuntut cerita-cerita aib orang untuk disimpan dalam kepala dan dijadikan bahan cerita...

Sunday, 23 January 2011

Itu kepala batu besar dalam ada duduk

Kadang-kadang tu, kita memang terlalu exited dengan apa yang kita percaya. Gagasan, atau apa2 je la yang kita megah-megahkan dan perjuangkan tak semestinya betul. Andainya kata kita tersalah langkah.. atau kecundang, Jangan malu-malu untuk berubah atau mengaku kesilapan kita. Jangan jadi "itu kepala batu besar dalam ada duduk.." hehe..

Wednesday, 19 January 2011

Diam

Diam seribu bahasa
Diam bukan kerana terasa
Diam lebih baik dari mengata

Diam mengubat luka
Diam bukan kerana kecewa
Diam juga menyimpan rahsia

Diam-diam ubi kayu
Diam bukan kerana tak tahu
Diam-diam penuh ilmu

Diam mengundang seribu ramalan
Diam bukan kerana terkilan
Diam meniliki hakikat insan

Tuesday, 18 January 2011

Cakap ban`nyak tak guna.. nah ambik kau!!

Kadang-kadang kita memang banyak cakap. Itu, ini bla bla.. semua benda kita cakap. Kekadang tu, benda tak mendatang faedah pun kita cakap. Tanpa mengira tempat dan dengan siapa. Mungkin kita terlalu ghairah dan taksud dengan apa yang kita tahu dan ada. Tapi kita juga kena beringat dengan lawan cakap kita dan dengan siapa kita bercakap. Mungkin lawan cakap kita lebih hebat daripada kita, cuma ia berkata dalam hati.. wawawa... "Ambik kau!!" hehe..

*Sekadar ingatan untuk diri sendiri*

Monday, 17 January 2011

Bila mereka mula berani mengherdik.... kenapa??

Kerana kita terlalu berlembut
Kerana kita selalu mengalah
Kerana kita tak mahu gaduh
Kerana kita mahu bertolak ansur
Kerana kita masih lagi mampu bersabar