Tuesday, 29 March 2011

Mencari aku..

POet

Pucuk paku ulam paku
Paku datang dari seberang
Cari Aku dalam Aku
Aku sembunyi di dalam terang

Cari Aku dalam Aku
Aku sembunyi di dalam terang
Jangan kita salah mengaku
Rosak badan binasa iman

Jangan kita salah mengaku
Rosak badan binasa iman
Ilmu tauhid dicari dahulu
Baru jelas jalan yang aman

Monday, 28 March 2011

No komen lah.. kui kui kui

Setiap malam minggu, berkumpul di kedai makan dengan rakan-rakan berborak, sembang-sembang kosong sambil minum-minum telah menjadi rutin...
Banyak juga la topik perbualan yang dibincangkan. kekadang tu tercetus juga diskusi sesama secara lansung tentang isu-isu semasa. Dalam berdikusi, ada juga yang tidak sependapat. Maka bolehlah berkata "no komen". Bukan kerana tidak boleh berhujah, tetapi menghormati pendapat rakan. Terasa juga malas nak layan sesuatu topik yang sia-sia, tidak mendatangkan faedah dan tidak ada penyelesaian. Tidak semua perkara itu memerlukan komen. Kalau tak komen pun sesuatu itu akan tetap berkangsung. Kadang-kadang sesuatu komen itu juga boleh merumitkan keadaan serta membawa pentengkaran yang berleretan. Seringkali terjadi juga, apabila komen yang lebihan menjurus kepada syok sendiri. Kerana kita hanya berdasarkan pengetahuan, andaian dan pembacaan semata-mata. Semakin banyak kita mengomen, semakin menyerlah siapa kita. Jadi berpada-padalah. No komen :)

Saturday, 26 March 2011

Tanya sama diri sendiri..

Seringkali apabila benci menguasai diri, tiada lagi kebaikan dan kebenaran yang dapat dilihat pada seseorang itu..

Friday, 25 March 2011

Lumrah..


Kalau aku berkuasa kan best.. ikut suka aku nak buat apa.. Hak orang jadi hak aku. Dan hak aku, memang lah hak aku..

Thursday, 24 March 2011

Buta

Alahai.. malangnya nasib apabila generasi buta sejarah...

Monday, 21 March 2011

Melantun

Tuh dia..!! dulu duk tunding jari kat owrang, duk kata kat owrang itu,
ini.. la ni..?? semua melantun kat atas batang idung depa sendiri.. hehe..
nak tak nak terpaksa akur, tapi dulu kenapa tidak?? wtf???


#Satu kali je kita tunding jari dan mengata kat orang, tapi kita ada empat yang duk menanti dan balik kepada kita.. Mana lagi kalo bukan balik atas batang hidung sendiri.. hehe

Friday, 18 March 2011

Gelagat

Sesekali seronok melihat gelagat orang lain, pelbagai tafsiran yang kita buat terhadap apa yang kita lihat
mengikut ilmu dan pengalaman kita. Pada masa yang sama orang lain juga menilai diri kita yang sedang menilai orang lain. Begitulah seterusnya, semua orang berhak membuat penilaian, akan tetapi dengan cara apakah kita pakai untuk mengukur dan skala apakah yang kita pakai untuk menyukat?? Semoga setiap sukatan dan ukuran yang kita lakukan selari dengan sukatan Yang Maha Adil.. :)

Wednesday, 16 March 2011

Jangan hancurkan..

Menghancurkan lebih mudah dari membina. Usaha beratus tahun, boleh kita hancurkannya dalam seminggu atau sebulan sahaja. Sedang leka kita bercakaran sesama kita untuk merobohkan negara, orang lain tersenyum melihat kebodohan kita. Ke mana kita nak membawa diri??? Di sinilah tanah tumpah darah kita.. Cintailah dan pertahankanlah ia..

Tuesday, 15 March 2011

Besi

Besi dikimpal 7 selasa
disepuh bersama hati dan rasa
besi muda jangan dipuja
kelak rosak besi yang tua

Mengenal besi banyak petua
ilmu dituntut banyaklah hala
milik orang jangan dicela
kelak rosak timbul kecewa

Main besi banyak angkara
sabar dan ikhlas pengubat lara
ahklak dijaga sopan dipinta
moga harmoni laman tetangga

Monday, 14 March 2011

Aku ingin berdamai..

Arrgghhh... Ada sesiapa boleh beri tau aku tak macam mana nak lari@mengubah sesuatu keadaan dan kenyataan yang tidak diingini..? Dengan cara lainnya, mengelak atau melawan. (Mcm pelik je entry aku kali nih.. heheh..)

Atau dengan peumpamaan lainnya, keadaan dan kenyataan ini dispesifikasikan sebagai
nasib@takdir. Dan adakah sesuatu keadaan dan kenyataan itu hanyalah kebetulan atau ianya memang telah ditetapkan olehNya?

Malangnya, memang tidak ada sesiapa atau senjata pun yang dapat
menghalang@mengubahnya melainkan dengan izinNya sahaja seseorang itu dapat mengatasinya dengan cara berikthiar@berusaha dan hanya dirinya sendiri yang mampu melakukannya.

Sesungguhnya sesuatu pekara itu telah ditetap dan ditentukan olehNya dan manusia hanya mampu merancang sahaja.

Dengan ini aku memilih untuk berdamai dengan keadaan dan kenyataan yang aku tempuhi walaupun diri ini kekadang terus memberontak.. hehe.. dan menerimanya dengan penuh kesyukuran dan keredhaan hati.

Sesungguhnya kitalah yang memilih untuk hidup bahagia berdamai dengan takdir atau hidup sengsara dengan memusuhi takdir yang ditentukan olehNya.

Saturday, 12 March 2011

Sesekali kena tengok depan, belakang dan tekan brek..

Dalam kehidupan dan apa jua bidang yang kita into, jangan pandu terlalu laju... nanti susah nak berhenti. Sesekali kena juga tekan brek dan perhatikan belakang dan hadapan kita. Moga kita masih lagi di landsan yang betul.. :)

Friday, 11 March 2011

Terlupa lagi..

Standard perangai manusia.. dan dipanggil pun manusia.. Mesti banyak karenah dan comfirm ada2 aje yang tak kena dengan life diorang..

Merenggek sana.. Merunggut sini.. Itu salah.. Ini tak betul.. Itu tak puas hati.. Ini nak komplain.. Ape2 je le atas segala kejadian yang diorang tidak senangi.

Memang tak pernah puas dengan keadaan dan apa yang ada. Kekadang aku pun tension degan life aku yang kekadang best.. kekadang lak tak best.. hehe..

Standard la.. aku pun manusia. Jadi dengan pelbagai keadaan dan situasi sebegini yang terpaksa kita tempuhi, mengapa tidak kita katakan saja Alhamdulillah???

Mengapa kita tidak redha atas segala pekerjaanNya??. MasyaAllah.. Kekadang aku pun terlupa...

Ya Allah.. Ampunkanlah dosa hamba mu ini yang sering lupa atas kebesaran mu.. amin..:)

Thursday, 10 March 2011

Terlupa..

hish.. kekadang aku terlupa.. yang langit itu tinggi sebenarnya.. kui kui kui..

Monday, 07 March 2011

Sibukkan diri dengan hal sendiri..

Standard dalam kehidupan.. manusia selalunya berkerja.. Syukurlah kerana kita masih lagi sibuk dan ada kerja.. ( x mcm aku.. kalo bab keje ni, mcm biskut chips more je.. isk isk..)

Pendek kata, kalau kita sentiasa sibuk dengan hal dan kerja kita, jangan pula kita disibukkan dengan hal dan kerja orang lain..

Andai kata kita sibuk dengan hal dan kerja orang lain, bermakna kita tak ada kerja.. hehe.. Dan kalau kita memang takde kerja, jangan pula kerja orang lain kita mengaku kerja kita.

#haa.. nampak?? nampak?? ape yang ko nampak?? aku sendiri pun kabur ape yg aku tulis nih.. kui kui kui..

Sunday, 06 March 2011

Bersantai


Sesekali bersantai di malam minggu bersama memember..(overnite)

#Sbb xdop ideal n metarial nak post sebenarnya.. hehe

Saturday, 05 March 2011

Bukan kelaziman

Untuk hidup dengan cara orang lain kadangkala amat sukar dan memeritkan..

Jadi, lebih baik kita menjadi diri sendiri.

Berani buat, berani tanggung.. tangan yang mencencang bahu yang memikul..

Tak gitu..?

#Be your self

Friday, 04 March 2011

Kudis buta

Mak ai!!.. setakat benda kecik remeh temeh yang tak menjadi kudis buta pun pada kita, lupa-lupakanlah..

Buat apa nak fikir sangat karenah seluruh manusia atas muka bumi ini hingga menyebabkan kita menjadi ala-ala tidur tak lena, makan tak lalu, mandi tak basah?? kui kui kui..

Kalau kita tak fikirkan mereka pun kita masih boleh hidup apa..!! hurrmmm...

Thursday, 03 March 2011

Politik oh politik..

Alahai.. terlalu banyak politik susah juga nak hidup..

Ye la.. itu politik, ini politik.. Politik dalam negara, luar negara.. Politik dalam parti, persatuan dan politik tempat kerja.. Sesetengah, agama pun libat sama..

Hadui.. Semuanya berkisar tentang nama, pangkat, ekonomi.. yang paling penting adalah kuasa..

Sudah-sudah la tu.. Janganlah berpolitik dalam semua bidang.. Nanti bukan perpaduan yang akan terbentuk..

Perpecahan pula yang kita dapat.. Aa.. aa.. Tak mau..tak mau..