Wednesday, 23 February 2011

Tersumbat

Kalau tiada ilham, tiada apa la nak di tulis.. hehe

Saturday, 19 February 2011

Mabuk lagi.. mata pedih..

Mabuk arak, ganja dan tuak senang nak kenal pasti. Mata merah rabak, jalan terhuyung-hayang dengan perangai ntah apa2 cakap merapu tak keruan.. ye lah tu.. Tapi kalau mabuk kuasa, pangkat dan nama ape2 je le.. lagi teruk. Cakap Bukan setakat merapu, tapi sudah jadi mengampu. Jalan bukan terhuyung-hayang.. Tapi tahap jadi gila meroyan.. Mereka mencari kemuliaan di mata insan, tapi bukan di mata tuhan..

#Awas!! semua manusia pun boleh menjadi mabuk.. hehe..

Wednesday, 16 February 2011

Status

Kerana inginkan pangkat, nama dan ape2 je le supaya nampak `cool la katakan..' manusia sanggup mengadaikan maruah, pinsip, jati diri.. apa2 je le.. Ada sesetengah sanggup buang agama dan keluarga. Mereka sanggup mengecat muka dengan warna yang berbeza untuk disesuaikan dengan keadaan masa dan dengan siapa mereka bergaul dan berurusan. Memang tak dinafikan manusia jenis ini ramai dalam dunia moden hari ini. Asalkan mereka nampak cool.. dihormati, disegani, disanjungi dan disayangi ape2 je le.. Mereka sanggup telan apa saja demi semua itu. Rakan, kawan, sahabat, semuanya boleh dipijak demi survival. Tapi ingatlah, bumi ini bolat macam bola.. Tuhan itu Esa dan Adil..

Tuesday, 15 February 2011

Maulidur Rasul


Salam Maulidur Rasul

Sunday, 13 February 2011

Takdir

Semuanya sudah diatur dan disusun semolek-molek mengatasi segalanya. Jalan yang teratur, jalingan yang indah tersusun rapi.. Walaupun terdapat sedikit kekusutan dan keserabutan. Ia adalah tetap. Dapat atau pun tak dapat, semuanya adalah tetap. Kadang-kadang menjadi seperti adat.. Tetapi sudah terpahat. Redhalah hendaknya sampai ke liang lahad..

Thursday, 10 February 2011

Hampa

Biasanya kita rasakan yang kita terlalu bijak merancang.. itu ini, begitu begini.. siap dengan perancangan rapi, kajian, strategi, plan tindakan.. ape2 je le.. Tapi malangnya.. kita terlupa.. bahawa perancangan Allah mengatasi segalanya..

Tuesday, 08 February 2011

Sepak dan Terajang

Apa orang akan kata..? orang nak kritik..? orang nak menganjing..? apa nak kesah..?? Biarkan lah si luncai dengan labunya, Biarkan lah jugak kodok dengan junjungnya dan Biarkan lah mat jenin dengan angan-angan kosongnya. Yang paling penting kita tahu akan apa yang kita buat dan faham sepak terajang kehidupan ini. Teruskan cita-cita dan kerja kita untuk menjalani kehidupan yang lebih sempurna dan mencari rezeki halal di bumi Allah yang makmur ini. Lagi kemas kalau disulami dengan ilmu dan amal..

Sunday, 06 February 2011

Terlebih sudah.. hehe

Kalau dah terlebih cakap, semua pekara kita nak cakap. Orang cakap benda P, kita pun pakar jugak dalam benda P. Bila orang cakap pasal Z, mak ai..!! kita pun sama pandai jugak dalam pasal Z.. Pendek kata, kita nih memang pakar dan advance dalam semua benda dan pekara.. Tapi kadang-kadang tu kita tak sedar yang orang naik muak dan fedup tengok kita bercakap dan membebel ntah apa-apa.. Berhati-hati la kalau nak bercakap dalam sesuatu pekara atau benda yang kita kurang arif.. Dalam kata lain, benda yang kita tidak tahu.. Nanti kalau dah cakap terlalu banyak tembelang yang kita simpan selama ini pun boleh pecah.. Satu planet boleh hidu..

*sekadar ingatan untuk diri sendiri