Monday, 14 March 2011

Aku ingin berdamai..

Arrgghhh... Ada sesiapa boleh beri tau aku tak macam mana nak lari@mengubah sesuatu keadaan dan kenyataan yang tidak diingini..? Dengan cara lainnya, mengelak atau melawan. (Mcm pelik je entry aku kali nih.. heheh..)

Atau dengan peumpamaan lainnya, keadaan dan kenyataan ini dispesifikasikan sebagai
nasib@takdir. Dan adakah sesuatu keadaan dan kenyataan itu hanyalah kebetulan atau ianya memang telah ditetapkan olehNya?

Malangnya, memang tidak ada sesiapa atau senjata pun yang dapat
menghalang@mengubahnya melainkan dengan izinNya sahaja seseorang itu dapat mengatasinya dengan cara berikthiar@berusaha dan hanya dirinya sendiri yang mampu melakukannya.

Sesungguhnya sesuatu pekara itu telah ditetap dan ditentukan olehNya dan manusia hanya mampu merancang sahaja.

Dengan ini aku memilih untuk berdamai dengan keadaan dan kenyataan yang aku tempuhi walaupun diri ini kekadang terus memberontak.. hehe.. dan menerimanya dengan penuh kesyukuran dan keredhaan hati.

Sesungguhnya kitalah yang memilih untuk hidup bahagia berdamai dengan takdir atau hidup sengsara dengan memusuhi takdir yang ditentukan olehNya.

4 X:

Puan Kutu said...

yup setuju sekali dengan perenggan terakhir kamo!

Afiq Ah said...

Bersabar dan berdoa bantu jalan penyelesaian.

Sang GOomaLL said...

puan kutu: sy pun begitu :)

afiq ah: ermm.. sebaik2nya gitu la..:)

Newsberri said...

hadapi dengan senyuman :)

Post a Comment