Monday, 28 March 2011

No komen lah.. kui kui kui

Setiap malam minggu, berkumpul di kedai makan dengan rakan-rakan berborak, sembang-sembang kosong sambil minum-minum telah menjadi rutin...
Banyak juga la topik perbualan yang dibincangkan. kekadang tu tercetus juga diskusi sesama secara lansung tentang isu-isu semasa. Dalam berdikusi, ada juga yang tidak sependapat. Maka bolehlah berkata "no komen". Bukan kerana tidak boleh berhujah, tetapi menghormati pendapat rakan. Terasa juga malas nak layan sesuatu topik yang sia-sia, tidak mendatangkan faedah dan tidak ada penyelesaian. Tidak semua perkara itu memerlukan komen. Kalau tak komen pun sesuatu itu akan tetap berkangsung. Kadang-kadang sesuatu komen itu juga boleh merumitkan keadaan serta membawa pentengkaran yang berleretan. Seringkali terjadi juga, apabila komen yang lebihan menjurus kepada syok sendiri. Kerana kita hanya berdasarkan pengetahuan, andaian dan pembacaan semata-mata. Semakin banyak kita mengomen, semakin menyerlah siapa kita. Jadi berpada-padalah. No komen :)

3 X:

rose said...

Nice Post.dawn,jang,express newspaper job ads at http://toppakjobs.blogspot.com

Mutalib attholib said...

Ayat 'no komen' memang berguna bila kita terperangkap dalam 'parlimen kedai kopi'.

Walau menampakkan kita seolah-olah bingai, namun selalunya orang yang diam ni lagi bijak dari orang yang berkokok berdekah-dekah.. huhuhu

PS: Kalau kawan-kawan aku berbahas sampai bertekak-tekak kat meja makan pasal isu semasa;

Aku akan berdiri, sambil mata terbeliak, dan dengan suara yang keras serta garau aku berkata:

"Siapa awak punya kawan? Siapa awak punya jiran? Kita adik beradik jugak!"

Macam dalam iklan tu.. heheheh

Sang GOomaLL said...

rose: tq :)

mutalib: mcm best je.. lain kali nk try jgk la.. bangun berdiri atas meja, dan berteriak.. "ko sapa?? ko tau ke nk handle negara?? kui kui kui..

ps: versi sendiri.. hehe

Post a Comment