Saturday, 26 March 2011

Tanya sama diri sendiri..

Seringkali apabila benci menguasai diri, tiada lagi kebaikan dan kebenaran yang dapat dilihat pada seseorang itu..

Walaupun kebaikan dan kebenaran yang digemburkan realiti, ianya hanyalah satu sendiwara dunia dan satu dominasi songsang berpropaganda. Sememangnya pengaruh lah yang memainkan peranan dalam kehidupan dan diri seseorang dan Pengaruh lah yang menerajui pemikiran seseorang itu dalam apa jua pekara dan keputusan. Begitulah hakikat setiap manusia, orang yang disayangi dijulang, orang yang dibenci humban. Sesungguhnya citarasa setiap manusia berbeza, dan setiap manusia juga diberi akal dan fikiran.


Sesekali Persoalan ini perlu kita tanyakan pada diri kita. Kenapa kita membenci mereka? Ketika orang lain sedang ketawa riang, hidup penuh keriangan, kita asyik mengintai dan mencari sebab kenapa mereka ketawa?? Adakah mereka ketawakan aku?? Dan adakah mereka ketawakan kawan-kawan aku?? sampai bila.. sampai bila harus kita bermusuh sesama kita?? bermusuh dengan kenyataan??? samapai bila..?? samapai ke liang lahad?? Renungkan semula siapa kita..

2 X:

Mutalib attholib said...

Kita kadang-kala menobatkan diri kita wakil dari tuhan. Maka sewenang-wenangnya kita menghalalkan segala perlakuan kita dan mengharamkan segala perlakuan mereka.

Kita dengan bangga menghambur kebencian seolah-olah itulah firman yang maha suci.

Tanpa sedar, kita hanya menipu diri. Tanpa sedar, kita mangsa korupsi minda kita sendiri.

ps: Itu sekadar nasihat untuk diriku sendiri.. Hidup biarlah ceria :)

Sang GOomaLL said...

100% setuju dgn nasihat tuan hamba walaupun ia hnyalh untuk tuan hamba sendiri.. tetapi berguna juga kpd hamba :)

Post a Comment