Monday, 25 October 2010

Sajak@puisi

Bolox wox

Jika anda ingin bertanya
apakah maksud Kontrak Sosial
tanyakan pada Lim Kit Siang
mungkin dia lebih mengerti dari
seekor beruk yang mendapat bunga

Jika ingin tahu apakah maksud
'Penghapusan Etnik'
tanyakan pada P. Uthayakumar
Kamus Oxford pun tidak termampu lagi
menceritakan definisinya
sebaik dirinya


Tanyakan makna Sensitiviti Kaum
dan Keistimewaan Bumiputra
pada Teresa Kok
anda mungkin terkesima jawapannya
lebih bijak dari seekor anjing
dari dua biji telur dan sedikit kuah


Mintalah nasihat Dr. Mashitah
tentang Qisas dan Hudud
rujuklah tentang Negara Islam Madinah
pada DS Najib Tun Razak
mereka lebih faham dari
Tuan Guru Hadi Awang


Jangan tanya maksud 'Allah'
pada Ustaz Haron Din
tapi rujuklah ia pada
Khalid Samad,Anwar Ibrahim dan pemimpin-pemimpin Umno
kerana merekalah pejuang 'Tuhan'
merekalah yang 'mensucikan' nama-Nya
di muka bumi ini


bukan para ulama
bukan para mufti
mereka banyak berpolitik
mereka banyak membodek


mari kita suburkan Pluralisme
kita jadikan Hukum Tuhan
sebagai tisu tandas paling mahal
di hotel yang bernama 'Malaysia' ini


jika mahu menangis
tanyakan pada Faisal Tehrani
"ayuh,menangislah!...menangislah....!"


@COPY RIGHT

Saturday, 23 October 2010

SYUKURLAH

SYUKURLAH
aBerterima kasihlah kepada tuhan apabila melihat bayang2 sentiasa mengekori setiap langkah anda... kerana itu bererti anda masih mempunyai matahari yang menyinari hidup ini.
...
aPanjatkanlah kesyukuran kepada tuhan jika banyak pakaian anda yang sudah sempit... kerana ini bermakna anda cukup makan, tidak hidup dalam kedaifan.
...
aBersyukurlah kepada tuhan apabila anda tidak perlu menyelamatkan diri dari ancaman peluru sesat atau bom yang tidak mengira mangsa... kerana itu bermakna anda berada di dalam negara yang aman dan sejahtera.
...
aBerterima kasihlah kepada tuhan kerana setiap tahun anda terpaksa membayar cukai pendapatan... kerana itu membawa erti anda masih mempunyai pekerjaan.
...
aBersyukurlah kepada tuhan kerana terpaksa membersihkan lantai,mencuci tingkap serta habuk yang melekat di dinding... kerana itu bererti anda mempunyai rumah untuk berteduh.
...
aPanjatkanlah kesyukuran kepada tuhan andainya terpaksa meletakkan kenderaan anda jauh di satu sudut... kerana itu bererti anda mempunyai kenderaan dan masih dikurniakan-nya kudrat untuk berjalan.
...
aBerterima kasih kepada tuhan apabila diganggu bunyi bising kenderaan yang lalu-lalang... kerana itu bermaksud anda masih mempunyai pendengaran.
...
aBersyukurlah juga kepada tuhan apabila terpaksa mengemas rumah yang berselerak selepas majlis keramaian... kerana itu bermaksud anda masih dikelilingi sahabat handai.
...
aBersyukurlah kepada tuhan apabila mimpi indah anda pagi ini terbantut oleh bunyi bising deringan jam loceng... kerana ia bererti anda masih bernyawa, dan sempat lagi untuk memngucapkan kesyukurn di atas segala rahmat dan nikmat2 yang
diberikan olehnya. Alhamdulillah..
...
qDiantara nikmat yang banyak itu termasuk juga nikmat dijadikan kita sebagai seorang Melayu dan dimuliakan pula dengan Islam. Hikmah dan kebijaksanaan Allah SWT yang telah menjadikan kita berbangsa Melayu dengan pelbagai keistimewaan yang barangkali tidak wujud pada bangsa yang lain.

Monday, 16 August 2010

Sajak@puisi

Melayu+Berani+Rasuah

#Tak dinafikan
di ambang kemerdekaan
terakam sejarah tumbang malayan union
Melayuku berani lawan

Di baling menang rundingan
Ching peng vs Tunku Abdul Rahman
komunis kecundang
Melayuku berani perang

Rombongan ke London
tuntut kemerdekaan
diketuai Tunku Abdul Rahman
Melayuku berani berdepan

#Selepas merdeka
Melayu hilang maruah nak cepat kaya
masuk parti siasah
10 peratus agihan di serah

Tunai haji rukun ke lima
sebut labaiqullah humalabaiq
dari jeddah ke arafah
sampai KLIA semua berubah
rezeki di kamar berlimpah ruah
syukurlah, alhamdulillah..

Saban tahun tunai umrah
kucup batu hajarul aswad
mohon keampunan di safa dan marwa
kaki berlari tangan menadah
berdoa: Kurniakan lebih hasil rasuah hehe..
nasib: Tuhan takkan ubah
mengucap: Syukur kepada Allah
Melayuku: Sungguh amat bertuah

#Sesungguhnya manusia itu tidak boleh lari dari bersifat tamak

Friday, 13 August 2010

Sajak@puisi

Puasa culture

Bulan pose tiba lagi.. apa lagi ramai la orang berlumba2 wat rezeki.. bisnes sana, bisnes sini semestinya rezeki.. bazar ramadhan first day pose, orang2 gila membabi.. jimat cermat tak dipedulikan lagi.. not wat guane, sememangnya itu lah sikap orang kita pada hari ni..

bulan pose bulan mulia.. ramai jugak orang hok ikut dunia.. akhirat jugok dibuat2 lupa.. seminggu lagi nak pose, sibuk doh mikir kedai mane hok buka.. janji lepas nasi kandar sebungkus dua.. perut kenyang baru boleh wat kerja.. dosa pada tuhan kemudian kira..

bulan pose bulan ibadat.. masjid, surau dok jugok padat.. ramai jugok hok duk lepak2.. pioh atas pale berkain pelekat.. terat atas jalan confirm terangkat.. 2 hari pose, ader doh hok gerat.. layan aku, siapa suruh mu wat pasal sangat..

bulan pose bulan yang berkat.. setan iblis kene tambat.. berlawan dengan nafsu nok kene kuat.. ader gok tepi pantai duk rapat2.. bile orang tengok wat muka ketat.. molek amik batang buluh terus sebat..
pada wat maksiat, lebih baik wat ibadat..

bulan pose, bulan baik dari segala bulan.. ader gok hok kate membawa beban.. diri sendiri pun tungang-langan.. ada hati nak nasihat orang.. pakai pioh gi surau berdoa pada tuhan.. decide to change ourself n do all good things in ramadhan..

#Puasa rukun islam ke 3.. jadi marilah kita mengerjakanya sambil tu buat lah banyak2 ibadat sempena bulan yang mulia ini..

Sunday, 01 August 2010

FILEM KITA

SUDUT RENUNGAN

FILEM KITA

SKRIP KEHIDUPAN
Semua pelakon dah diberi skrip sejak 1430 tahun dulu.
Ada 114 babak. Semua watak ada tertulis dalam tu, hero tak
hero, samseng, pailang, spy pailang, pilih je nak watak mana.
Kalau dah hidup tunggang-langgang maka korang baca lah skrip pailang ye.Kalau baik maka, ikut lah skrip hero kita Sayyidina Muhammad s.a.w. Ikut betul-betul insyaAlahh boleh masuk Hall Of Fame sama dengan dia. Kalau tak, ada chance masuk Hall Of Flame dengan Abu jalal.

PLOT CERITA
Cerita tiap-tiap orang tak sama. Ada cerita sedih, ada cerita komedi, cerita advanture dan macam-macam lagi. Ni bukan cerita hollywood atau hindustan, hero kalah dulu, orang jahat gerenti kecundang. Kadang-kadang hero kalah memanjang, orang jahat pulak yang senang. Dah ceritanya dikarang oleh yang Maha Besar,suka hati dier lah nak buat camne. Bukan kira kalah menang kat dunia, ini baru intro aje. Kat akhiratlah cerita sebenarnya.

DURASI CERITA
Maha suci dia yang menentukan cerita kita panjang mana.
Ada feature film, ada jugak short film. Dia aje yang tahu. Korang perlu baiki watak dan lakonan korang aje. Dia nak matikan watak korang bila-bila masa aje, jangan ingat korang hero tak boleh mati. Buat yang terbaik, buat dengan penuh penghayatan. Kadang-kadang watak korang bawak kecik aje, dialog pun tak banyak, tapi kalau baik pembawakkannya tentu dapat award. Watak utama dalam filem panjang meleret tapi melalut orang tengok pun menyampah.

ACT 1 TAKE 1
Cerita yang kita lakonkan sekarang dia dah tulis siap-siap awal-awal lagi, sebelum dia buatkan set dan lokasi filem ni. Semuanya dia dah prepare baik punya. Korang je perasan cerita ni macam korang yang karang. Tu yang berlakon ikut suka hati je sampai lupa arahan director. Patutnya apa yang dia suruh korang buat, apa yang dia larang korang jangan buat, tapi korang buat bangang aje. Tu yang over acting memanjang. I ngat kita ada satu take aje, so buat elok-elok laa. Baca fahamkan skrip, jangan simpan je skrip atas gobok. Study macam mana Rasulluah s.a.w bawak watak dia, cuba ikut dan jangan melalut.

#Tak payah la nak jadi pelakon, hakikatnya kita ni memang sedang berlakon.. huwawa