Monday, 16 August 2010

Sajak@puisi

Melayu+Berani+Rasuah

#Tak dinafikan
di ambang kemerdekaan
terakam sejarah tumbang malayan union
Melayuku berani lawan

Di baling menang rundingan
Ching peng vs Tunku Abdul Rahman
komunis kecundang
Melayuku berani perang

Rombongan ke London
tuntut kemerdekaan
diketuai Tunku Abdul Rahman
Melayuku berani berdepan

#Selepas merdeka
Melayu hilang maruah nak cepat kaya
masuk parti siasah
10 peratus agihan di serah

Tunai haji rukun ke lima
sebut labaiqullah humalabaiq
dari jeddah ke arafah
sampai KLIA semua berubah
rezeki di kamar berlimpah ruah
syukurlah, alhamdulillah..

Saban tahun tunai umrah
kucup batu hajarul aswad
mohon keampunan di safa dan marwa
kaki berlari tangan menadah
berdoa: Kurniakan lebih hasil rasuah hehe..
nasib: Tuhan takkan ubah
mengucap: Syukur kepada Allah
Melayuku: Sungguh amat bertuah

#Sesungguhnya manusia itu tidak boleh lari dari bersifat tamak

0 X:

Post a Comment