Tuesday, 02 November 2010

Dr Asri balun saudagar mimpi bersara dari politik!!




Pastinya ramai pemimpin2 Pakatan terasa dan melenting dengan kata-kata Dr Asri ini kerana jika Anwar bersara , maka angan-angan mereka untuk berkuasa dan menjadi menteri tidak akan tercapai . Hanya Anwar sebagai jalan mereka untuk menuju Putrajaya. ikuti petikan kritikan pedas kepada saudagar mimpi dari Cherok Tok Kun ...

"Saya rasa Ketua Pembangkang DSAI, sudah sampai masanya untuk bersara ‘politik’. Sudah banyak rentak tari politiknya yang makin tidak ‘seimbang’. Zamannya mungkin makin menyusur pergi. Saya tidak fikir generasi baru terus bertahan untuk melihat ‘story-design’ politik yang sama.

"Kita perlu politik idea iaitu politik yang berteraskan kebijaksaan dan pemikiran yang bernas dalam memajukan masyarakat dan negara.
"Kita tidak mahu politik sekadar kutuk-mengutuk, maki-memaki dan hina menghina tanpa sebarang cadangan yang membina dan memajukan pemikiran rakyat.


"Saya tahu sesetengah pembangkang cepat 'melenting' jika ada pandangan yang mereka tidak setuju.
"Namun, mereka kena ingat banyak pandangan saya yang tajam terhadap kerajaan, alhamdulillah mereka tidak melenting, sebaliknya berinteraksi dengan baik,"



selanjutnya..


0 X:

Post a Comment