Saturday, 13 November 2010

PAS + ISLAM = Macam Langit Dengan Bumi


Islam mengajar kita untuk memberikan keadilan kepada semua pihak walaupun kepada tumbuh-tumbuhan sekalipun. Itulah yang diamalkan oleh UMNO sejak penubuhannya dan juga didalam pemuafakatan gabungan Barisan Nasional.

Islam tidak pernah mengajar kita untuk menjadi taksub melampau terhadap satu-satu pemimpin dikalangan bangsa kita sendiri. Dan Islam juga melarang kita terlampau mengagung-agungkan ketua hingga sanggup menghalalkan apa jua yang diharamkan didalam agama.Islam mengajar kita untuk menjadi adil dan tegas dalam setiap hal dalam kehidupan kita.

Islam tak mengajar kita untuk tunduk kepada kafir tetapi kita disarankan untuk bertoleransi dengan kafir selagi mereka tak memusuhi agama kita.Semua itu sudah jelas tentang apa yang Islam mahukan. Tegas kepada golongan yang engkar dan lembut dengan golongan yang tunduk. Itulah pendirian UMNO terhadap DAP berbanding MCA, MIC dan lain-lain komponen didalam Barisan Nasional.

Berlainan dengan PAS. PAS nyata terbalik didalam mengamalkan apa yang disarankan oleh Islam tentang hubungan dengan kaum kafir. DAP yang engkar terhadap negara Islam sanggup mereka peluk cium manakala kafir lain yang bersama BN mereka cerca dengan pelbagai tohmahan.PAS telah lama engkar dan akan terus menerus engkar.


Terlalu banyak bukti yang boleh dijadikan hujah betapa engkarnya PAS terhadap Islam walaupun rata rata ahli PAS itu mempunyai nama bercirikan Arab. PAS cuba ekslusifkan Islam hanya kepada parti mereka sahaja. Ini yang salah didalam PAS.Keengkaran PAS kepada Islam tidak pernah kunjung padam.

PAS mendakwa mereka lebih tulen keislamannya tetapi lain sekali didalam amalan yang mereka tunjukkan didunia nyata.Jika ada yang berpandangan bahawa ceramah dan politik PAS itu suatu kerja dakwah, wajarlah untuk orang yang berpandangan sebegitu merenung sejarah Yahudi Madinah untuk diambil iktibar daripadanya.

Adakah tindakan Rasulullah saw serta para Sahabat bergaul dan menjalin kerjasama dengan Yahudi di Madinah itu sama seperti cara PAS menjalinkan kerjasama dengan DAP? Baginda Rasul juga berpolitik tetapi amat berlainan sekali dengan apa yang diamalkan oleh pemimpin-pemimpin PAS hari ini.
Kenapa masih ramai pemimpin PAS yang sanggup menjadi balaci kafir DAP di dalam mengutarakan agenda jahat memusnahkan bangsa dan agama? Sepatutnya PAS yang menjadi ketua didalam gabungan Pakatan seperti unggulnya UMNO menunjangi Barisan.



Kenapa PAS tidak mahu memperkasakan bangsa mereka sendiri demi menjamin kekuatan Islam? Kenapa PAS lebih selesa mengeluarkan pandangan hanya dengan kelulusan dari puak kafir laknatullah DAP? Inikah yang mahu dikatakan oleh pemimpin PAS bahawa Islam itu lebih hebat dari agama lain?Dengan segala kekalutan yang timbul hari ini, apa beza diantara mereka mereka didalam PAS ini dengan ulamak su’u yang berleluasa dizaman Khawarijj? Ketahuilah bahawa semuanya sama sahaja diantara keduanya.

Mereka yang mengaku Ulamak didalam PAS akan mengeluarkan pandangan apabila timbul kekeliruan dan pandangan mereka itu akan membuatkan kekeliruan itu makin mengelirukan.



KATA-KATA PP: Mungkin inilah yang dikatakakan ulamak akhir zaman??Sesat lagi menyesatkan!.. Ya Allah Ya tuhan ku.. jauhkan lah kami dari segala kemungkaran mu ya Allah..

1 X:

attholib said...

sad but true... sad but true...

Post a Comment