Wednesday, 21 July 2010

Petrol-Petrol dan Petroleumnya..


Petrol-Petrol dan Petroleumnya...



Alahai.. petrol naik lagi.. gua bukan nak menunding jari.. itu adalah hakikat hidup ini..? berjajar kereta motor berbaris nak mengisi.. penutup kali terakhir buat tahun ini.. bising-bising, pihak kerajaan pula dituduhi.. menipu rakyat membuta-tuli.. menaikkan harga minyak sesuka-hati.. kata kerajaan subsidi minyak di kekalkan lagi.. walaupun harga minyak melambung tinggi..

Petroleum sejenis bahan api fosil.. bukanlah bersifat infinite resouces.. ia ada batas dan habis pada suatu hari nanti.. bermakna semua benda melibatkannya tidak berfungsi.. kita semua memang menagih benda ni.. setiap apa sekalipun sumber tenaga datangnya dari benda ni.. pendek kata semuanya datangnya dari benda ni..(petroleum)

Petroleum adalah satu sumber bahan bakar yang terperam dalam muka bumi selama jutaan tahun. bangkai2 dinasour serta bangkai spesis2 angkatanya, setelah diperam akhirnya menjadi petroleum. untuk menapai bangkai menjadi petroleum bukan lah seperti membuat jeruk mempelam yang diperam dalam tempayang selama beberapa bulan. petroleum adalah proses semulajadi selama jutaan tahun. untuk mewujudkan sumber petroleum baru, terpaksa kita menunggu berjuta-juta tahun lagi untuk muncul... ada lagi ke kita masa tu?? huwawa..

Sebagai negara pengeluar petroleum,Malaysia juga dilihat oleh kuasa-kuasa besar sebagai negara yang penting.Negara yang mempunyai sumber petroleum adalah negara penting.Hal ini negara-negara Arab dilihat bakal susut dari segi pengeluaran kerana bekalan mereka semakin sedikit.Rizab 2% dari pengeluaran juga tidak mampu untuk menampung keseluruhan permintaan dunia pada masa depan.Amerika,penagih petroleum numero uno kini mula menukar dasarnya melihat jirannya Kanada sebagai rakan strategik.Akibatnya,kerajaan Stephen Harper telah berjaya membawa Kanada dengan dasar-dasar kerajaannya untuk menjadi "negeri ke-51" Amerika Syarikat.Kanada - mempunyai rizab 20% dari pengeluarannya - dilihat sebagai negara yang amat penting bagi Amerika.Perkara ini tidaklah semasa zaman Pierre Trudeau dimana rakyat Amerika menganggap Kanada sebagai "land of nothing except ice" semata-mata.

Tetapi sebesar manapun rizab petroleum Canada,atau Russia atau mana-mana - ia akan menghampiri penamat. Malaysia dijangka menjadi pengimport minyak lagi 2-3 tahun lagi. Dasar Anwar Ibrahim yang mengatakan sumber minyak boleh dijumpai dengan eksplorasi adalah dasar yang tak boleh dipakai. Hakikatnya eksplorasi hanya menjumpai minyak yang hanya boleh membiayai bajet eksplorasi. Macam jual karipap dengan harga tak balik modal. Hukum kapitalisme adalah keuntungan. Apa barang kalau keluarkan petrol tapi hanya untuk biaya ekplorasi?

Apa jua segala &%^#@$ dan #@$^&* tentang kenaikkan harga minyak adalah buang masa.. kalo korang tak caya, petrol tetap jugak naik harga.. tak guna korang nak bebel2 macam orang gila.. daripada korang maki-hamun kerajaan, lebih baik korang pikir buat seketika.. cukupkah fikrah manusia, menjadi manusia, jika tanpa petroluem dan kereta..?

Petroleum semakin kehabisan.. belajar ekonomi asas sudah pasti anda faham.. Permintaan yang melebihi penawaran akan menaikkan harga pasaran.. jangan pula jadi hipokrit buat2 bangang dan tak tahu yang petroleum ini makin kehabisan.. yang penting manusia hari ini berlajar bertukar2 fikiran.. bagaimana mengerakkan ekonomi ini tanpa petroleum yang semakin ketandusan..

Bukankah kita harus mencari alternatif baru.. menukarkan sistem yang lama kepada yang baru.. teknologi mengantikan petrol telah pun wujud pada zaman 70an dulu.. teknologi kenetik, solar dan bermacam lagi telah wujud pada masa itu.. bila sesuatu sistem itu berjaya, niat tamak pun berlaku.. segala yang bermanafaat kepada manusia tetap juga tidak berlaku.. yang berlakunya manafaat hanya lah untuk sebelah pihak yang didahulu..

Apa2 pun, pekara2 inilah membuatkan kita berada dalam belenggu..
ibarat menganggu tuan puteri sedang beradu.. yang penting kita harus buat sesuatu.. seperti menukar gaya hidup yang lama kepada yang baru.. dari BMW hitam kilat ke BMX warna biru.. kalo Anwar leader pun pekara yang sama jugak akan berlaku.. penukaran individu tak seharusnya berlaku.. perubahan sesuatu sistem atau gaya hidup itu yang harusnya berlaku..

Gua pun bosan dengan apa yang berlaku.. sesungguhnya gua bukan diam membatu.. yang patut, gua pun melulu.. berdasarkan sesuatu yang gua rasa perlu.. gua sedang belajar menerima sesuatu.. menerima hakikat hidup sesuatu yang perlu.. yang kekal hanyalah satu..(Allah swt) kerana dia lah segalanya berlaku..

1 X:

-MsGoodNite- said...

Terbaekk!!

Post a Comment