Sunday, 04 July 2010

Dia ingat gua takut la tu..


Dia ingat gua takut la tu..

08.45pm Malam tu, kebosanan tahap dewa telah meresap ke dalam diri gua memaksa gua mendecide satu pekara yang agak luar biasa lah jugak hehe. Pekara yang gua akan lakukan pada malam tu bukan lah pekara haram atau salah disisi undang2. Pekara yang gua akan lakukan dengan member gua, ialah memburu sang siakap. Niat dihati dah lama teringin nak test market satu lubuk ni. Ia berlokasi di taman tasik sura berhampiran Uitm Dungun.

Sebelum memancing gua akan servey dulu di gigi air sekitar taman tasik tu mencari anak ikan dan udang untuk dijadikan umpan hidup. nak dijadikan cite malam tu, sedang gua ngan member gua, duk layan kepala cari anak ikan, tetiba ada satu suara menyampuk," lame dok napok?" la.. pak guard taman tasik ni rupanya.. ingat kan jembalang air mana yang tegur 'bisik hati gua'.

Gua memang kenal ngan orang ni, kerana sebelum tu, gua pernah bersembang kosong dengan dia ni. Boleh gua katakan la, dia ni seorang yang ramah mesra, tidak kira sesiapa, ringan je mulutnya bertegur sapa. Kalo dah becerita, ada saje cite yang kuar dari mulutnya. Ada tu gua pun naik bosan, tapi buat2 layan la, amik hati je.. kekadang gua ada terfikir jugak, 'dia ni kaki pill kuda ke?' ye la.. kalo dah sembang atau bercerita, lebat semacam je. Gua dengan member gua panggil orang ni, pak guard mesra alam. hehe.

Nak tak nak, malam tu gua ngan member gua terpaksa layan pak guard tu sepan dua. Tapi kenapa lak malam tu dia cite kisah seram. Dengan acuh tak acuh gua layan cite dia, sambil tu gua tangguk anak ikan di gigi air. Gua tak kisah sangat, sbb gua dah selalu dengar kisah2 yang lagi brutal dari tu. Dia cakap kat hujung taman ni ada satu pokok gelang besar berhantu. Pada pokok tu banyak akar2 liar yang menumpang macam tali tarzan. Dia cakap lagi, siang tadi ada satu jentera jentolak nak tumbangkan pokok tu, tapi tetiba je jentolak tu jadi tak berfungsi dan mati dengan tiba2.

Dia cakap lagi, lepas tu driver jentolak tu nampak benda warna putih bermata merah atas pokok. Dalam kepala gua fikir macam tak logik je.. dah la pekara tu terjadi siang2 buta. Nak reka cita, reka la yang logik skit. Nampak macam ada komplot tak nak bagi gua mancing kat situ je.
Sememangnya kat hujung taman tasik tu lubuk utama ikan siakap merah.
Kaki pancing sanggup meredah apa saja semata2 nak buru haiwan ni

Tanpa menunjukan reaksi mengelabah dan takut apabila mendengar cite tu, gua pun berkata, 'memang kitorang nak memancing kat sana la'. Terkelip2 je mata pak guard tu apabila mendengar kata2 gua, yang gua rasa macam orang cakap besar la jugak. Tapi gua bukan cakap besar, sesungguhnya niat gua datang nak memancing. Tanpa mempedulikan pak guard tu gua ngan member gua pun menyusul tepi gigi air taman tu menuju ke hujung taman yang dikatakan berhantu tu.

Sampai je kat situ, mata gua melilau mencari pokok yang didakwa. Indah khabar dari rupa, pokok nya tak la sebesar mana. Sama je saiz dengan pokok2 yang lain kat situ. Tapi yang membezakan pokok tu, sbb terdapat akar2 liar yang menumpang pada pokok tu macam tali tarzan. Pokok tu cam biasa je gua rasa, yang nampak seram tu sebab banyak akar terjuntai-juntai.

Tanpa mempedulikan pokok tu buat sementara, gua pun labuhkan la umpan gua yang pertama ke dalam lubuk. Sambil tu, gua pun masih jeling2 jugak ke arah pokok tu. Mana le tahu kot2 muncul benda putih bermata merah seperti yang didakwa tadi. hehe.. sambil menyedut asap rokok dunhill, kepala mendonggak ke langit, dalam kepala gua berfikir.. betul ke apa yang diceritakan oleh pak guard tadi? sebenarnya gua dah malas nak amik port dengan cite pokok tu. Dalam kepala gua nak naikkan sang siakap barang sekilo dua.

Malam tu, gua ngan member gua berkampung dan berembun tepi lubuk tu. Dalam kepala asyik duk layan umapan di sentap ikan, masa pun berlalu, kalo tak silap gua, dah pukul 02.30am tapi, tiada apa2 pun berlaku, joran pun nampak kaku je. maknanya umpan2 pun semua tak laku. Gua pun decide nak blah je dari situ sebab dah tak tahan lagi dah dengan gigitan nyamuk dan kesejukan.
Sambil mengemas pekakas, gua sempat lagi menjeling ke arah pokok tu kali terakhir. Mana la tahu kot2 muncul.

Malam tu memang menghampakan gua.. sang siakap yang diburu tidak tertawan. Mungkin tiada rezeki.. tapi dalam sepanjang malam gua berkampung di tepi lubuk berdekatan pokok berhantu tu, takde lak bende2 pelik seperti yang didakwa oleh pak guard mesra alam tu.. mungkin sekadar cite lisan je.. mungkin benar atau tidak, hanya allah saja yang tahu. "sesungguhnya orang yang tidak pernah mencuba sesuatu pekara, adalah orang yang tertipu"

3 X:

KABAKOGA said...

Lau gua dengar citer cenggitu, konpem gigil satu badan..klu gua ada dua badan dua2 pun gigil,
tapi taman tu gua penah bawak anok2 weks men2 situ..
haha,,,

Pang Poet said...

hehe.. kalo lu berbaban dua baik toksah dengar cite camtu.. nnti kang efect pulak kandungan lu nnti.. hehe

-azura- said...

Gua rasa lu kena pakai tangkal ke, mandi bunga ke..kasi ikan sangkut sket kat mata pancing tuh!

Post a Comment