Saturday, 17 December 2011

My life is Punk??

Korang ckp itu ini macam tau sangat jer apa korang bualkan..weii bukan semua budak punk @ punk itu bodoh..(nape dlm kamus ckp punk itu sampah @ x berguna? aku xnk ckp bab nih.. kalo aku ckp, esk pun x siap lg.. heheh) sekarang pakai kot tai malahan berjubah pun ramai yg punk.. jgn terkejut kalo aku ckp guru pun ader yg punk.. hehe. Aku pun budak punk(btol ke?). Aku bukan punk yg stakat pakai baju gmbr Sid Vicious, rmbut mohowk, pakai butt jaket(skg dah x pakai dah)tapi aku punk dari cara pemikiran..(btol ke? heheh)

Punk di malaysia kbanyakannya hanyalah hiburan remaja & fesyen. bukan spt di luar negara..ia bukan ikutan yg berkekalan..Malaysia ni aman damai, budak2 Punk M'sia takda sebab untuk berjuang melampau2 dlm Punk dgn keadaan negara spt ini yg ekonominya bagus, peluang banyak, negara aman .So, just hiburan. Yg kuat sikit jiwa rebel mereka pun, di luahkan pada seni2 punk spt fesyen yg menongkah arus, music yg pendek dan pantas, puisi dan lirik yg str8 2 the point, lukisan, buku2, rencana, pandangan sosial politik, cara kerja yg pantas dan anti pmbaziran etc. Itu pun hanya pada golongan punk yg matang dan berpendidikan je.


Tak dinafikan ramai budak2 muda sekarang terikut2 tampa soal selidik. bahkan ada yg melampau spt pergaulan bebas etc. Batas agama dan Iman di dada sebenarnya yang penting. Di sini peranan ibu bapa sepatutnya, jgn salahkan anak muda jika terikut acuan yg kita tak sangka..sebab itu bila bicara dgn mereka mesti ada 2 hala..jgn ibu bapa jer yg tau mengarah itu ini, pandangan keluhan pendapat anak2 tak di dengar..maka jadi la camni, mereka memberontak di luar, dpn mak ayah pijak semut pun tak mati.

Yang jadi masalahnya, di malaysia remaja punk, metal, goth, indie etc nie sangatlah ramai..mereka nie tak berpesatuan dan kebanyakan tak berparti. Melayu adalah majoriti di Malaysia, tapi 3 parti utama melayu jauh dari mereka.. UMNO memandang golongan ini seolah2 jijik, misfits & marginal..PAS pula taNpa selidik dan ingat akan kepentingan dakwah terus menghukum seta mengadili golongan ini hatta dengan mata sahaja.. PKR pula, support dgn cara galakkan lebih kebebasan dan luahan tampa batas, yg dungu2 suka la..tapi yg masih ada Iman dan nilai ketimuran ni takkan boleh terimanya. Rasanya budak kecik pun tau, bekas air kalau 1 liter mana nak muat jumlah 2 liter walau di paksa. Maka jadilah golongan ini yg kurang imannya makin jauh dan jauh dan jauh.

Golongan punk yg capitalis dan gila glamer cam Carburator Dung disogok PKR wang sikit dah lentok terus jd kuda tungangan.. (nak salahkan tak boleh jugak, manusia mana tak suka duit kan..even kerajaan konon-ulama Kelantan lepas dapat 60juta utk masalah air senyap camtu je.. huhuh)

Di Kota Punk Malaysia, Kuala Terengganu.. majoriti remaja & belia yg ada masalah punk, rempit, bohsia etc adalah anak2 org PAS..ya KEBANYAKANNYA la anak org PAS..bukan saja nak kutuk, tapi KENYATAAN. Puncanya, mungkinkah ibu bapa yg keterlaluan ortodok hingga hubungan sehala sahaja yg wujud dlm komunikasi seharian, natijahnya anak2 rebel tak tentu hala!!..hmmm ntahlah. Ataupun mungkin sebab mereka tonjolkan keperibadian spt Islamic tapi nilai2 asas Islam spt alim, sopan santun, pemaaf, pembersih hanya pada nama..hmmmmm

Jadi, sy mewakili punkers sebenar, brharap sebelum menghukum dan cari salah kami semua, teliti dan siasat dahulu.. bukan semua punk bertindik, mohowk etc, dan punk bukan hanya fesyen & music sahaja!!..

p/s : budak2 punk nie kuat patriotiknya, in a twisted way la kot bg korang, sebagaimana S.Pistol ckp, "we wouldnt wrote song like God Save The Queen if we don't love our country"..walaupun tak berparti majoritinya..tapi seandainya kami turun mengundi..pembangkang dgn gaya masakini kami ucapkan bye2.. UMNO pun bukan bagus sgt, tp ok la banding 2 masonic & dapig-puppets 2. dan kalau nak berdakwah pada golongan2 nie, jangan terjah dan menghukum terus..takda lelaki yg suka bila di tegur barangnya kecik dan tak berfungsi dpn2.. tu lah feeling nya bila dakwah cara tak cerdik dilaksanakan.. instead of reaching em', u push em away..

0 X:

Post a Comment