POet
Pucuk paku ulam paku
Paku datang dari seberang
Cari Aku dalam Aku
Aku sembunyi di dalam terang
Cari Aku dalam Aku
Aku sembunyi di dalam terang
Jangan kita salah mengaku
Rosak badan binasa iman
Jangan kita salah mengaku
Rosak badan binasa iman
Ilmu tauhid dicari dahulu
Baru jelas jalan yang aman
Tuesday, 29 March 2011
Monday, 28 March 2011
No komen lah.. kui kui kui
Setiap malam minggu, berkumpul di kedai makan dengan rakan-rakan berborak, sembang-sembang kosong sambil minum-minum telah menjadi rutin...
Banyak juga la topik perbualan yang dibincangkan. kekadang tu tercetus juga diskusi sesama secara lansung tentang isu-isu semasa. Dalam berdikusi, ada juga yang tidak sependapat. Maka bolehlah berkata "no komen". Bukan kerana tidak boleh berhujah, tetapi menghormati pendapat rakan. Terasa juga malas nak layan sesuatu topik yang sia-sia, tidak mendatangkan faedah dan tidak ada penyelesaian. Tidak semua perkara itu memerlukan komen. Kalau tak komen pun sesuatu itu akan tetap berkangsung. Kadang-kadang sesuatu komen itu juga boleh merumitkan keadaan serta membawa pentengkaran yang berleretan. Seringkali terjadi juga, apabila komen yang lebihan menjurus kepada syok sendiri. Kerana kita hanya berdasarkan pengetahuan, andaian dan pembacaan semata-mata. Semakin banyak kita mengomen, semakin menyerlah siapa kita. Jadi berpada-padalah. No komen :)



