Tuesday, 15 February 2011
Sunday, 13 February 2011
Takdir
Semuanya sudah diatur dan disusun semolek-molek mengatasi segalanya. Jalan yang teratur, jalingan yang indah tersusun rapi.. Walaupun terdapat sedikit kekusutan dan keserabutan. Ia adalah tetap. Dapat atau pun tak dapat, semuanya adalah tetap. Kadang-kadang menjadi seperti adat.. Tetapi sudah terpahat. Redhalah hendaknya sampai ke liang lahad..
Thursday, 10 February 2011
Hampa
Biasanya kita rasakan yang kita terlalu bijak merancang.. itu ini, begitu begini.. siap dengan perancangan rapi, kajian, strategi, plan tindakan.. ape2 je le.. Tapi malangnya.. kita terlupa.. bahawa perancangan Allah mengatasi segalanya..
Tuesday, 08 February 2011
Sepak dan Terajang
Apa orang akan kata..? orang nak kritik..? orang nak menganjing..? apa nak kesah..?? Biarkan lah si luncai dengan labunya, Biarkan lah jugak kodok dengan junjungnya dan Biarkan lah mat jenin dengan angan-angan kosongnya. Yang paling penting kita tahu akan apa yang kita buat dan faham sepak terajang kehidupan ini. Teruskan cita-cita dan kerja kita untuk menjalani kehidupan yang lebih sempurna dan mencari rezeki halal di bumi Allah yang makmur ini. Lagi kemas kalau disulami dengan ilmu dan amal..
Sunday, 06 February 2011
Terlebih sudah.. hehe
Kalau dah terlebih cakap, semua pekara kita nak cakap. Orang cakap benda P, kita pun pakar jugak dalam benda P. Bila orang cakap pasal Z, mak ai..!! kita pun sama pandai jugak dalam pasal Z.. Pendek kata, kita nih memang pakar dan advance dalam semua benda dan pekara.. Tapi kadang-kadang tu kita tak sedar yang orang naik muak dan fedup tengok kita bercakap dan membebel ntah apa-apa.. Berhati-hati la kalau nak bercakap dalam sesuatu pekara atau benda yang kita kurang arif.. Dalam kata lain, benda yang kita tidak tahu.. Nanti kalau dah cakap terlalu banyak tembelang yang kita simpan selama ini pun boleh pecah.. Satu planet boleh hidu..
*sekadar ingatan untuk diri sendiri
*sekadar ingatan untuk diri sendiri
