Tuesday, 06 March 2012
Teguh berdiri
Walau apa pun yang berlaku, pegang kemas prinsip dan iktiqad kita. Kadangkala kita berasakan ia agak kelabu kerana hujjah dan permainan kata. Kembalikan kepada empunya diri dan jalan terus saja..
Wednesday, 21 December 2011
Kebodohan tanpa batasan
Bina! jangan tak bina..
Teruskan tak henti-henti..
Buat lagi tinggi-tinggi..
Biar cucuk matahari..
Buat lagi tinggi-tinggi..
Bila kene langgar lari..
Tuduh-tuduh orang suka hati..
Bertambah ramai lagi yang mati..
Kebodohan tanpa batasan!
By
The mindless show
Teruskan tak henti-henti..
Buat lagi tinggi-tinggi..
Biar cucuk matahari..
Buat lagi tinggi-tinggi..
Bila kene langgar lari..
Tuduh-tuduh orang suka hati..
Bertambah ramai lagi yang mati..
Kebodohan tanpa batasan!
By
The mindless show
Monday, 19 December 2011
Berkali-kali
Aku x tau kenapa. Sebelum ni aku datang lepak kt situ, ade satu makwe tu, aku tengok mcm biase je. Xde ape2 yg menarik pada aku. Melainkan biase2. Tapi bile berkali2 aku datang lepak kat situ dan berkali2 jgk aku tengok makwe tu, luar biase pulak dari yg biase2 aku tengok..
Mungkinkah aku di sihir???
Atau adakah inilah yg dikatakan "Cinta pandang berkali2?"
Warghhh kah kah kah..
Mungkinkah aku di sihir???
Atau adakah inilah yg dikatakan "Cinta pandang berkali2?"
Warghhh kah kah kah..
Sunday, 18 December 2011
Saturday, 17 December 2011
Biarkan..
Kalau kita ikut bertengkar dengan orang bodoh kita jadi bodoh, kalau kita bergaduh dengan orang gila kita pun gila. Apa nak dikesahkan orang bodoh, itu kerja mereka.. biarkan. Apa nak dikesahkan orang gila... itu memang perangai mereka, kalau tidak mereka tidak gila... biarkan. Ramai lagi orang yang cerdik, ramai lagi orang yang waras dan ramai lagi orang yang boleh dibuat sahabat hidup di muka bumi Allah ini.
My life is Punk??
Korang ckp itu ini macam tau sangat jer apa korang bualkan..weii bukan semua budak punk @ punk itu bodoh..(nape dlm kamus ckp punk itu sampah @ x berguna? aku xnk ckp bab nih.. kalo aku ckp, esk pun x siap lg.. heheh) sekarang pakai kot tai malahan berjubah pun ramai yg punk.. jgn terkejut kalo aku ckp guru pun ader yg punk.. hehe. Aku pun budak punk(btol ke?). Aku bukan punk yg stakat pakai baju gmbr Sid Vicious, rmbut mohowk, pakai butt jaket(skg dah x pakai dah)tapi aku punk dari cara pemikiran..(btol ke? heheh)
Sunday, 04 December 2011
Tak tahu
Esok? luse? tulak? tubing? sampai bila? Aku pun x tahu. Berserah saja pada yang esa.. kerana dia penentu segalanya.
Friday, 23 September 2011
Saturday, 17 September 2011
Crematory - Tears of Time
Dulu zaman muda2 remaja duk layan lagu2 mcm ni la. Suke sangat dgn lagu ni. Lani bile layan balik, terkenang plak memori lama mase muda2 dulu.. Vedio ni 2 dlm 1 la.. hehe
Sunday, 11 September 2011
Jangan marah aa..
Kalau P Ramlee boleh kata "jangan marah aa.. nanti kene jual". Gua pulak boleh kata "jangan marah ok.. nanti hilang kawan" hehe.. Kesimpulanya marah mengundang banyak musibah. Lebih baik kita perhatikan saja sambil senyum dengan feel manusia yang sabar. Kerana itu ia akan memberi gambaran pelbagai bagi kita.
Friday, 02 September 2011
Penyokong
Penyokong tak faham, tapi apa idola buat mereka sokong. Betul ke tak betul semua bersorak. Buat kerja tanpa ilmu tapi berlebih-lebih mengundang aib pada diri sendiri.
Saturday, 27 August 2011
Terover
Umat Melayu Islam di Malaysia dah terover sangat main dengan politik, Sampai politik itu sendiri tiada masa untuk rehat.. haha. Last2 ramai juga warga sebangsa kita murtad begitu sahaja. Dalam situasi begini pun kita umat Islam masih nak berbalah dan menuding jari sesama sendiri. Apa malangnya bangsaku ini.. :(
Wednesday, 17 August 2011
Sunday, 29 May 2011
Main plekong-plekong
Seronoknya kalau balingan kita tepat menuju pada lawan atau sasaran terutama musuh-musuh kita. Tapi peliknya kalau sesekali kita terkena balingan musuh mengapa kita meraung pada dunia mengatakan kita teraniaya.. hehe Dalam dunia sebenar ia dipanggil politik, atau dalam kata lain politik cari makan.
Saturday, 14 May 2011
Mumayyiz
Manusia yang sudah aqil baligh biasanya sudah mumayyiz. Orang mumayyiz pula sudah tahu mana yang suci dan mana yang najis. Dalam dunia moden hari ini seringkali ada pihak yang menyuguhkan kehendak mereka agar dituruti oleh semua orang. Mereka terlupa yang mereka sendiri masih belum bersunat.. keh keh keh..
Friday, 29 April 2011
Rumah Nan Lengang

Rumah nan lengang
bersimpuh pusaka tua yang tidak punya nilai apa-apa
laksana Al-Quran usang
tergeletak di atas rak tiada disentuh lagi
kerana rabun mereka sudah pekat dan gelap
Rumah Nan Lengang
berdiri tiang seri yang kusam warnanya
sudah condong keadaannya
sudah hilang kekuataanya
sudah tiada lagi gahnya
sudah pudar sejarahnya
tatkala anai-anai dan bubuk bermaharajalela
hanya menunggu rebah dimamah tanah
Rumah Nan Lengang
hanya tinggal catatan di ingatan
seutas bahasa yang tidak berjiwa
sekalung budi yang tidak dikenang
serangkai budaya yang tidak diamal
kini hanya tinggal nama tiada dalam sejarah dan tidak dicanag lagi.
Monday, 25 April 2011
Tanah bonggol berbukit

Ko main ikut je cakap dier.. tanah bonggol berbukit tu kene ratakan.. aper kebende ko ni?? Dan ko ingat plak tanah bonggol berbukit tu mesti digondolkan.. kalau tak, ko ingat anak cucu saudara mara ko jadi malas berusaha nanti kononnya..
Tak nanti tanah tu digondolkan, dah memang keturunan anak cucu saudara mara ko dari dulu lagi mudah lupa.. malas nak berusaha. Tapi ko jangan bandingkan ko dan anak cucu saudara mara ko dengan dier.. Dier tu dah memang dari tempat asal keturunan nenek moyang dier tu lagi kaya raya..pandai berusaha.. pakar dalam segala bidang business plak tu.
Sebab tu dulu-dulu ko asyik nampak muka dier je yang datang umah kau jual sayur setiap hari.. kah kah kah.. Tapi ader juga la anak cucu dier yang malas macam anak cucu ko.. haha
Saturday, 23 April 2011
Feeling

Susah senang dalam kehidupan adalah takdir dariNya. Namun kau adalah manusia biasa seperti orang lain yang dianugerahkan dengan perasaan.. (Sama jgk aku..)
Yang kadang-kadang menjadikan kau sedih, marah dan gembira apabila mengingatkan sesuatu pekara atau peristiwa dalam kehidupan ini..
Diharap Semoga dikau redha atas segalanya dan membiarkan semua itu berlalu sebagai rencah kehidupan yang tidak akan menimbulkan bekas pada pegangan kita..:)
Friday, 22 April 2011
Suam-suam kuku..

Aku dah malas nk sifir2.. memang politik itu cuma secuit kuasa je. Dah memang ko jenis suka mengata2 dan berasaskan hanya ko aje yg terror.. huhu
Ko jgn anggap ko mampu merancang segala pekara.. ko mesti kene ingat yg tuhan itu maha berkuasa dan menentukan segalanya. Tp aper yg dah ader ko bukannya suka dan gembira..
Hari ini ko ligat cabar-mencabar semata2 rebutkan kuasa. Ko lebih suka bermasam muka drp duduk semeja dgn saudara-mara.
Namun ko pun kekadang terlupa yg langit itu tinggi sebenarnya. Dan ko hanyalah manusia. Manusia itu sifatnya hina, lemah.. serta kerdil berbanding dengaNya..
Apalah ada pd secuit kuasa yg ko rebut2kn..? ko pun org yg terror dlm agama apa..?? Jd berpada-padalah hendaknya..
Wednesday, 20 April 2011
Bahaya woi..!

Nasib baik ko budak.. kalo x, x psl2 ko msk hospital.. kalo x mati xpe la.. nanti xpsl2 aku kene naik court.. Gile! tengah bwk moto sempat lagi bermsg2.. aku tau la ko tengah hangat bercinta.. mcm dah xde mase lain sangt nak reply msg kat aweks ko 2..huhu
Ko bukannya budak sekolah rendah lagi sampai aku nk kene bgtau ko peraturan jln raya.. kalo perbuatan ko x menyusahkan org lain xpe la.. ni nyaris2 aku nak terlanggar ko.. ko bukannya x tau aku suke bwk kete laju2 hehe..
Jd, kpd geng2 remaja diluar sana, x kire tua atau muda tolong la.. kalo nak bermsg tu, jgn bermsg sambil bwk moto.. bahaya woi..! aweks ko atau jiran ko x marah punya kalo ko x reply msg dlm 1 hari.. kalo ko nk mati katak try la amal tabiat ni.. huhu
